CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6833|Reply: 0

[Sarawak] Bengkel KJM sebahagian daripada usaha perkukuh kepimpinan komuniti setempat

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:31 PM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman ketika berucap pada Majlis Penangguhan Bengkel Pemerkasaan KJM DBKU di Damai hari ini.

KUCHING: Bengkel Pemerkasaan Kejiranan Mesra (KJM) yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh kepimpinan dalam komuniti setempat.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, inisiatif itu selari dengan misi DBKU untuk menjadikan Kuching sebuah bandar raya yang bersih, cantik, selamat, pintar dan lestari.

Jelasnya, platform sedemikian bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran komuniti, malah turut memberi inspirasi dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra kepada rakyat.

“Bengkel seperti ini membuka peluang untuk kita berinteraksi, berkongsi idea dan meningkatkan kerjasama antara penduduk dengan DBKU dalam aspek keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan bandar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Bengkel Pemerkasaan Kejiranan Mesra (KJM) DBKU di Damai hari ini.

Bengkel tersebut diadakan selama tiga hari bermula 2 hingga 4 November 2024 bertujuan membantu pemimpin-pemimpin KJM merangka kalendar aktiviti bagi tahun 2025 serta menetapkan hala tuju strategik bagi mempertingkatkan kesejahteraan bandar.

Sebanyak 54 kumpulan KJM yang terdiri daripada pengerusi dan ahli jawatankuasa setiap KJM berhimpun untuk bertukar idea dan berkongsi pandangan dalam perancangan masa depan.

Selain itu, bengkel itu juga menyediakan platform kepada komuniti untuk berinteraksi dengan DBKU dalam memastikan aspek keselamatan, kebersihan, dan kesejahteraan bandar terus terpelihara.

Pada masa yang sama, pelbagai pengisian sepanjang bengkel itu diadakan termasuk sesi santai bersama Datuk Bandar DBKU, taklimat khas bagi Pemerkasaan KJM DBKU 2025, Program Gabungan Khas KJM DBKU 2025 serta perbincangan perancangan aktiviti untuk tahun depan.

Hadir sama Datuk Bandar DBKU Dato Hilmy Othman, Pemangku Pengarah DBKU Salwa Pauzi, pegawai-pegawai kanan DBKU dan pengerusi-pengerusi KJM DBKU.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.072499 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list