CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45389|Reply: 0

[Sarawak] UNIMAS terajui latihan pembuatan sabun semula jadi dan pemasaran digital percuma

[Copy link]
Post time 5-11-2024 12:13 AM | Show all posts |Read mode


SRI AMAN: Program latihan asas pembuatan sabun semula jadi dan pemasaran digital
memberi peluang kepada suri rumah tempatan untuk meningkatkan kemahiran serta potensi pendapatan mereka.


Program dianjurkan di Event Digital Hub, Sri Aman secara percuma baru-baru ini, direka khusus untuk suri rumah yang tidak bekerja, bertujuan memperkasa kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan dan pemasaran produk secara digital.

Program ini diterajui oleh Ketua Projek, Prof. Madya. Ir. Ts. Dr. Siti Kudnie Sahari yang juga pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Inovasi di APTT, penyelidik ISURE serta Timbalan Pengarah Pusat Keusahawanan UNIMAS.

Menurut beliau, program ini dibiayai melalui geran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Kementerian Kebajikan, Wanita dan Keluarga (KKWPK).


Sesi praktikal bersama-sama Dr Kudnie.

“Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ahli Teknologi dan Juruteknik Sarawak (APTT) dengan kerjasama pensyarah dan pelajar UNIMAS.

“Ia memperkenalkan konsep kejuruteraan hijau dalam pembuatan sabun sebagai pendekatan yang mampan,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Dalam usaha unik ke arah penglibatan komuniti, Dr. Siti Kudnie turut menerbitkan sebuah buku dalam bahasa Melayu dan Iban, menjadikannya lebih mudah diakses dan relevan kepada komuniti setempat.

Buku tersebut ujarnya, berfungsi sebagai panduan menyeluruh bagi peserta, membekalkan mereka dengan pengetahuan untuk menghasilkan produk sabun semula jadi.

Justeru, setiap peserta turut diberikan kit pembuatan sabun untuk membantu mereka memulakan perniagaan dari rumah dan menerapkan ilmu yang dipelajari secara langsung.

“Sejajar dengan aspirasi agenda Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS-2030), matlamat utama program ini adalah untuk memperkukuh keusahawanan tempatan melalui pembuatan sabun yang mesra alam dan pemasaran digital.

“Kejuruteraan hijau menyokong visi PCDS-2030 untuk pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif.

“Kami berharap dapat membekalkan peserta bukan sahaja dengan kemahiran asas pembuatan sabun, tetapi juga pengetahuan dalam menggunakan bahan semula jadi dan mesra alam yang mengurangkan kesan terhadap alam sekitar,” kata Dr. Siti Kudnie.

Sementara itu, menerusi segmen pemasaran digital dalam program ini pula dikendalikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UNIMAS, Dr. Nur Auni Ugong.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.337194 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list