View: 36101|Reply: 36
|
[Tempatan]
Rupiah Makin Murah, Rakyat Malaysia Berbondong Bondong Pilih Melancong Ke Indonesia
[Copy link]
|
|
Data terbaru dari Badan Pusat Statistik (BPS) menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sekali lagi berada di puncak carta sebagai negara dengan jumlah pelancong tertinggi yang bercuti ke Indonesia pada September 2024, lapor Bisnis.
Menurut Pelaksana Tugas (Plt) Kepala BPS, Amalia Adininggar Widyasanti, pelancong dari Malaysia meningkat 24.22% secara bulanan, membawa jumlahnya kepada 234,500 pelancong pada bulan ini.
Ini menjadikan Malaysia sebagai penyumbang terbesar dengan 18.3% daripada jumlah keseluruhan pelawat pada bulan tersebut.
Secara keseluruhan, Indonesia menerima seramai 1,279,258 pelancong antarabangsa pada September 2024.
Jumlah ini sebenarnya mengalami penurunan sebanyak 4.53% berbanding bulan sebelumnya, tetapi masih menunjukkan pertumbuhan positif sebanyak 19.53% jika dibandingkan dengan September tahun lepas.
“Kunjungan pelancong dari Malaysia bukan sahaja naik 24.22% secara bulanan, malah melonjak 54.04% secara tahunan,” jelas Amalia ketika pembentangan data bulanan BPS pada Jumaat lalu.
Untuk rekod, melalui laporan Harian Metro, kejatuhan nilai mata wang Rupiah berbanding Ringgit telah membuka satu peluang bagi rakyat Malaysia untuk melancong dan berbelanja di Indonesia dengan kos yang lebih murah.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), Datuk Noor Zaleha Baharuddin, situasi ini dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan lebih banyak nilai daripada Ringgit mereka.
“Keadaan ini mendorong mereka melawat pusat beli-belah atau bercuti di sana berikutan kos yang lebih berpatutan.
“Kelebihan ini juga berpunca daripada faktor ekonomi seperti kos hidup yang lebih rendah di Indonesia untuk barangan tertentu berbanding Malaysia terutamanya dalam sektor makanan, pakaian dan produk kraftangan.
Apabila nilai tukaran mata wang menguntungkan, rakyat Malaysia melihatnya sebagai peluang untuk menjimatkan kos sambil menikmati pelbagai barangan atau pengalaman,” katanya.
Tambahnya lagi, kos hidup yang lebih rendah di Indonesia dalam sektor tertentu seperti makanan, pakaian, dan produk kraftangan juga menjadi faktor tarikan bagi rakyat Malaysia.
Fenomena rakyat Malaysia yang berbelanja dan melancong ke Indonesia memberi kesan positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara jiran itu.
Para peniaga di lokasi tumpuan pelancong di Indonesia mendapat manfaat daripada lonjakan kunjungan pelancong Malaysia.
Lebih ramai pelancong dari Malaysia berbelanja di pusat beli-belah dan pasar-pasar tempatan, yang sekali gus memberi rangsangan kepada ekonomi tempatan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Treatment aesthetic murah kat sana. Ai ada kawan sanggup ke surabaya dan jakarta hunting klinik2 estetik |
|
|
|
|
|
|
|
Geng cari yg komplen harga beras pergi mana… PD tengok khemah biru kew
Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
hungryhenry replied at 6-11-2024 12:48 AM
Treatment aesthetic murah kat sana. Ai ada kawan sanggup ke surabaya dan jakarta hunting klinik2 est ...
Ok ke aesthetic clinic kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 6-11-2024 01:58 AM
manopBKK replied at 6-11-2024 12:50 AM
Geng cari yg komplen harga beras pergi mana… PD tengok khemah biru kew
Kahkahkah
Iols duduk Sabak Bernam tepi rumah iols dah New Zealand.
Buat Butter dan Cheese sendiri...kalau kampung belum level kampung kitorg, tak ingin pun nak pergi...kat sini melambak Tempe, ikan etc...kalau Indonesia tu belum sama level/standard kampung aku lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Indonesian selalu kata, di Indonesia kerja sehari belum tentu cukup untuk makan sehari, bekerja di Malaysia bekerja sehari boleh makan untuk seminggu. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 10-11-2024 01:55 PM
Indonesian selalu kata, di Indonesia kerja sehari belum tentu cukup untuk makan sehari, bekerja di M ...
mereka juga kata.."Kita udah ada kereta cepat..negara tertangga pasti iri"
mereka juga bilang..."kita udah ada IKN...pasti negara tertangga ketar ketir".
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak aii cakap kalau nak beli emas murah time ni boleh la p Indonesia tp tuu laa design emas indon ni xup to date mcm dekat Msia. Emas dia ada campur emas merah sikit |
|
|
|
|
|
|
|
tapiiii...nak masuk indon ada kena bayo tax ke idak tu je nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah jika semakin banyak orang Malaysia (utamanya melayu semenanjung) datang dan berkunjung ke Indonesia ....
Mudah-mudahan setelah balik ke Malaysia ... kau pasti akan lebih tahu dan paham tentang budaya yang ada di Indonesia sehingga kau bisa membedakannya dengan budaya melayu malaysia dan juga akan tahu bahwa konsep Alam Melayu itu adalah penuh dengan Kepalsuan dan Kebohongan .... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ID alam dunia dn geografinya sangat cantik dn menarik. Menghijau dn sangat memikat mata memandang. Itulah anugerah Allah kpd negara yg miliki banyak pulau dn rakyatnya berbagai etnik dn bangsa. Maka lahirlah aneka budaya dn pakaian adat yg sangat unik dn juga pelbagai juadah makanan/santapan. Kuliner mereka juga tak jauh beza dgn juadah2 yg ada di M'sia, namun penyediaannya ada kelainan yg mengekalkan rasa keaslian.
Orang2 ID, mereka adalah orang seni: berseni dlm banyak perkara. Seni berbicara mereka zahirkan mll karya sastera, penulisan novel2, mengukir seni rupa, menguasai seni nyanyian shnga ramai juga yg jadi seniman jalanan. Waima penipuan juga mereka ada seni memperdayakan. Dan mereka juga ada seni penaklukan /godaan yg melonglaikan iman.
Iklan2 pelancongan juga giat mereka suguhkan untuk ke tempat2 yg wajar dilawat. Pulau Bali sudah tak asing lagi. Jika ke Lombok dpt pula melihat betapa indahnya gunung Bromo bila pesawat melintasi kawasan situ. Dn ada juga Labuan Bajo yg drp gambarnya saja cukup memikat.
M'sia juga ada banyak tempat yg indah dan memikat ttpi sayang kurang dipromosikan
kpd rakyat. Langkawi saja sudah hilang serinya, udahlah mahal tapi yg itu, itu juga.
Hendak ke Sabah dn S'wak, tambang pesawat mahallah pulak. Sedemikian maka rakyat M'sia lebih memilih ke tempat2 yg lebih murah tapi meriah. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang indon sangat polite dan humble more than Thais.
|
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 10-11-2024 02:54 PM
Mak aii cakap kalau nak beli emas murah time ni boleh la p Indonesia tp tuu laa design ema ...
Xpasti kualiti emas indon camne. Cleaner ofis SG kalau cuti paniang balik indon, akan bawa balik milo dan emas. Emas malaysia katanya berkualiti dan kat indon dpt jual harga tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-11-2024 03:59 PM
Orang indon sangat polite dan humble more than Thais.
Org thai polite n humble pd org putih ja. Org malaysia depa slalu pandang lekeh je sbb bayar x guna dollar |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu tau dan mengerti orang2 ID itu gimana kerana ramai juga yg sudah memahami siapa mereka the IDns. Manusia di kelompok mana pun tetap ada ciri2 baik dn buruknya. Walhal jika ditelusuri adat budaya yg ada di M'sia adalah bawaan mereka orang2 IDns sendiri yg merantau dn bermastautin menetap di negara kami. Enak tinggal di M'sia, aman-damai, bersahabat dn mudah cari wang, itulah yg membuatkan ramai pendatang ingin tinggal terus di M'sia, malah tak keberatan menjadi WNM.
Andai sdr mau mengatakan bahawa alam Melayu itu penuh dgn kebohongan dn kepalsuan, maka jgn lupa semuanya itu warisan drp puak2 melayu di ID juga. BTW, apakah Sdr tidak tergolong dlm kumpulan bangsa dn alam melayu yg sedia ada?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bakso berperisa anjing babi tikus, sumuorg nak survive hidup halal haram tolak tepi |
|
|
|
|
|
|
|
dengan aku OK je. Tak pernah rasa kena discriminate.
|
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 10-11-2024 03:19 PM
Baguslah jika semakin banyak orang Malaysia (utamanya melayu semenanjung) datang dan berkunjung ke ...
benar pak..kok Jawa itu Melayu di Malaysia...apakah seorang jawa indon itu ngak punya kemaluan mengaku Melayu udah dapat IC nya??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|