CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29070|Reply: 7

[Politik] Tak puas hati U Mobile dapat tender 5G

[Copy link]
Post time 6-11-2024 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-11-2024 03:02 PM



Beliau mendakwa golongan ‘kayangan’ tersebut telah terdedah apabila Kerajaan Persekutuan melalui MCMC telah memberikan lesen mengendalikan rangkaian kedua 5G kepada sebuah syarikat telco yang relatifnya pendatang baru.


KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen hari ini berpendapat penganugerahan tender rangkaian kedua 5G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada U Mobile Sdn Bhd, membuktikan kerajaan seolah-olah terpaksa akur dengan golongan kapitalis di negara ini.



Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya berkata, keputusan tersebut seolah-olah mengulangi ‘kesilapan’ era pentadbiran terdahulu, khususnya di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, kesilapan terbesar kerajaan di bawah Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ke-empat (1982 – 2003) dari aspek pembangunan ekonomi nasional ialah bagaimana beliau sendiri terjebak dalam ketaksuban membina golongan kapitalis kroni.


“Nampaknya pentadbiran kerajaan di bawah Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru berumur dua tahun sejak 24 November 2022, mulai terjebak juga dengan kesilapan membina kapitalis kroni.


“Bezanya Dr Mahathir Mohamad membina kapitalis-kapitalis kroni daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India daripada kalangan rakyat biasa, yang merupakan usahawan-usahawan baru muncul yang berpotensi dan rapat dengannya.


Manakala di bawah PM Anwar Ibrahim, mulai wujud sistem hibrid dalam pembinaan kapitalis-kapitalis kroni,” dakwanya lagi.


Hassan membuat kenyataan berkenaan susulan keputusan MCMC pada 1 Nov lepas, melantik U Mobile yang dikaitkan dengan jutawan Tan Sri Vincent Tan untuk mengendali rangkaian kedua teknologi tersebut.


Keputusan itu telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat, termasuk ahli politik yang mempersoalkan ketelusan kerajaan dalam memastikan tender bernilai tinggi dianugerahkan secara telus dan terbuka.


Hassan selanjutnya berkata, beliau melihat terdapat tiga jenis kapitalis kroni di dalam era pentadbiran Anwar.


“Golongan pertama ialah kapitalis-kapitalis kroni yang terbina sejak zaman pentadbiran Dr Mahathir Mohamad yang semakin matang dan berpengalaman kini terus wujud mengelilingi dan menumpahkan kesetiaan dan sokongan kepada Perdana Menteri yang baru.


“Mereka ini pemain-pemain besar dalam industri tenaga elektrik, industri digital dan industri pengangkutan seperti pelabuhan dan penerbangan,” katanya lagi.


Golongan kedua kapitalis kroni di zaman Kerajaan Madani ini, menurut Hassan lagi, belum begitu meluas, dan belum begitu berani kerana gerak tindaknya sering diperhati.


“Kapitalis kroni jenis kedua ini yang rapat dengan Perdana Menteri adalah pemain kecil, masih amature, yang baru muncul yang tidak ada ‘track record’ sebagai usahawan berjaya, tetapi mendapat peluang dan ehsan daripada kapitalis kroni golongan pertama, yang sedang membina jambatan hubungan rapat dengan Perdana Menteri kesepuluh,” katanya lagi.


Golongan ketiga kapitalis kroni pula, kata Hassan, agak luar biasa kerana jumlahnya tidak ramai tetapi amat menonjol, selain didakwa agak kebal dan tidak mudah disentuh kerana dilindungi oleh momokan undang-undang yang bernama 3R (Religion, Royal, Race).


Namun, katanya lagi, 22.31% saham equiti syarikat tersebut dikuasai oleh institusi yang dilarang oleh Perkara 34(3) Perlembagaan Persekutuan untuk melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial.


“Imej Kerajaan Madani pimpinan PM Anwar Ibrahim yang menjadikan perjuangan menegakkan tatakelola, urustadbir kerajaan yang baik, telus dan amanah mulai tercalar dan dipersoalkan angkara munculnya kembali amalan membina kapitalis kroni tetapi kali ini datangnya dari golongan mahakaya,” katanya lagi.


MCMC dalam satu kenyataan pada 1 November lepas mengumumkan pemilihan U Mobile yang sebagai pengendali rangkaian kedua 5G di negara ini.



Astro Awani





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 08:07 AM | Show all posts
bila nak 6G


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2024 11:03 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 11:19 AM | Show all posts
u mobile ni kroni sapa nyah? biasalah dalam politaik ada give and take yang menguntungkan pihak gomen juga khuenz. Adalah tu perjanjian diorang
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pada mulanya agk kebingungan jugok...pastu...amik masa jugok tuk memahami perkara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat rumah akak 4G lagi laju ketimbang 5G, bodo punya Maxis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.319359 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list