CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27166|Reply: 0

[Sarawak] UNIMAS berperanan penting sedia program pengajian berdaya saing

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Ia selari dengan hasrat kerajaan negeri mendapatkan autonomi penuh dalam bidang pendidikan: Uggah



Uggah (kanan) bersama Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit semasa Konvokesyen, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memainkan peranan kritikal dalam menyediakan program pengajian berdaya saing selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mendapatkan autonomi penuh dalam bidang pendidikan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri melihat autonomi pendidikan sebagai langkah penting untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak Sarawak.

“Dengan autonomi penuh dalam bidang pendidikan, kita dapat merangka program yang lebih relevan dengan keperluan setempat, melahirkan modal insan kelas pertama serta memperkukuh pencapaian pelajar-pelajar kita di semua peringkat.

“Dalam hal ini, peranan UNIMAS adalah kritikal dan saya amat menghargai komitmen universiti ini dalam menyediakan program pengajian yang berdaya saing,” katanya.

Beliau yang juga Pro Canselor UNIMAS berucap pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-28 di sini, hari ini.

Selain itu kata beliau, kerjasama kerajaan negeri dan UNIMAS dalam bidang penyelidikan pertanian dan pemakanan juga amat penting dalam meningkatkan produktiviti serta kualiti makanan tempatan.

Katanya, keterjaminan makanan juga merupakan salah satu keutamaan Sarawak dalam memastikan rakyatnya memiliki akses kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat, program-program pertanian dan pengeluaran makanan telah diperhebatkan.

“Saya yakin bahawa dengan pendekatan bersepadu ini, kita dapat mencapai ketahanan makanan yang lebih baik, sekali gus menyokong kesejahteraan rakyat Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, Uggah berkata Sarawak sedang berada di persimpangan penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial.

“Kerajaan negeri juga dalam perancangan untuk menubuhkan syarikat penerbangan eksklusif bagi meningkatkan aksesibiliti ke destinasi pelancongan dan perdagangan di negeri ini.

“Dengan adanya syarikat penerbangan ini, kita dapat memperkukuh Sarawak sebagai hAb pelancongan dan perdagangan Borneo, terutama dengan kedudukan strategik kita berdekatan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara,” katanya.

Tambah Uggah, dalam era digital ini kerajaan negeri telah mengambil langkah strategic untuk membangunkan ekonomi digital.

“Kami melihat potensi ekonomi digital sebagai pemangkin untuk menarik lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor teknologi dan kreatif.

“UNIMAS diharap akan terus menjadi pemacu dalam penyelidikan digital, meningkatkan literasi digital rakyat serta menghasilkan graduan yang berkebolehan tinggi dalam sektor teknologi,” katanya.

Uggah turut menegaskan bahawa dari sudut pembangunan infrastruktur, kawasan luar bandar juga tidak dilupakan.

Katanya kerajaan meningkatkan capaian dan mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar, di mana kerajaan negeri terus memperkasa pembangunan prasarana seperti jalan raya, perhubungan udara serta akses kepada elektrik dan air bersih.

“Saya yakin, dengan sokongan graduan yang berdedikasi dan berkemahiran dari UNIMAS, Sarawak akan mampu bergerak lebih jauh ke arah pembangunan yang inklusif dan menyeluruh,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.103246 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list