CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12364|Reply: 1

7 daripada 10 rakyat Malaysia yakin hala tuju ekonomi negara berada di landasan betul - Tinjauan IPSOS

[Copy link]
Post time 7-11-2024 07:32 AM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Semakin ramai rakyat optimis dan yakin terhadap hala tuju Malaysia ketika ini dengan tujuh daripada 10 orang percaya bahawa negara berada di landasan yang betul, demikian menurut kaji selidik Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (IPSOS).


Menurut laporan IPSOS bertajuk Apa Yang Merisaukan Rakyat Malaysia?, sebanyak 71 peratus kumpulan berusia lingkungan 16 hingga 74 tahun berpendapat negara kini menuju ke arah yang betul dan sentimen itu meningkat 19 peratus berbanding tempoh sama pada Oktober tahun lalu.


Tinjauan IPSOS turut melaporkan bahawa 72 peratus rakyat Malaysia positif mengenai kedudukan ekonomi semasa berbanding tempoh sama pada Oktober 2023 berdasarkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menstabilkan ekonomi dan menangani tekanan kos sara hidup.


Ini menyaksikan sentimen ekonomi Malaysia semakin berkembang positif dengan ketara sebanyak 33 peratus sejak setahun lalu.


Selain itu, tinjauan berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 12 peratus dalam aspek Keyakinan Pengguna Malaysia bagi tempoh sama.


Menerusi graf Keyakinan Pengguna itu, meskipun terdapat beberapa penurunan pada Mac dan September tahun ini hingga 50 peratus, indeks bagi Oktober meningkat kepada 58 peratus sekali gus menyaksikan Malaysia mengatasi purata global yang kekal pada 49 peratus bagi tempoh sama.


Tinjauan IPSOS turut memperlihatkan isu rasuah politik dan kewangan kekal menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia iaitu 47 peratus diikuti masalah pengangguran (34) dan soal kemiskinan ketidaksamaan sosial (21) sepanjang tempoh setahun itu.


Ini menyaksikan sentimen ekonomi Malaysia semakin berkembang positif dengan ketara sebanyak 33 peratus sejak setahun lalu.


Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap inflasi juga menurun hingga 25 peratus pada Oktober iaitu penurunan 21 peratus berbanding setahun sebelumnya.


Namun begitu, satu-satunya kebimbangan yang semakin meningkat ialah mengenai jenayah dan keganasan yang diukur pada 29 peratus Oktober tahun ini, meningkat 14 peratus berbanding tahun lalu.


Pengarah Urusan IPSOS Malaysia, Evelyn Tan berkata, di sebalik perkembangan positif ini, rakyat kekal khuatir tentang isu rasuah di samping kerisauan mengenai jenayah dan kekerasan juga meningkat secara mendadak.


"Walaupun rakyat Malaysia semakin yakin dengan masa depan ekonomi mereka, orang ramai perlu diyakinkan bahawa masyarakat pada umumnya bebas daripada rasuah dan jenayah.


"Hal ini penting bagi mengekalkan tahap keyakinan jangka panjang terhadap hala tuju ekonomi negara," menurutnya dalam kenyataan yang mengiringi laporan tinjauan itu. – BERNAMA


Sumber : - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 11:20 AM | Show all posts
yakinnya kamu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.042065 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list