CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28499|Reply: 23

KP Kastam nafi adakan pertemuan dengan Azam Baki di Genting Highlands

[Copy link]
Post time 8-11-2024 08:23 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan tohmahan Ketua Pengarah Kastam (KPK) dan pengarah kastam lain mengadakan pertemuan dengan n Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Genting Highlands.


Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, berkata pertemuan itu adalah Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia 2024 anjuran Cawangan Integriti di sebuah hotel di Genting Highlands bermula semalam hingga esok.


Menurutnya persidangan itu sudah menjadi acara tahunan buat warga JKDM sejak tahun 2017 dalam usaha meningkatkan integriti dalam kalangan kakitangan agensi itu.


"Sehubungan itu, JKDM ingin membuat penafian berhubung tohmahan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


"Objektif persidangan ini memupuk budaya integriti dalam kalangan warga JKDM bagi pelaksanaan tugas harian serta sebagai platform untuk menyalurkan informasi serta perkongsian amalan terbaik untuk memperkasa budaya integriti," katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu tular satu hantaran di sebuah halaman di aplikasi Telegram yang dengan ringkas menyatakan KPK dan pengarah JKDM mengadakan pertemuan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Genting Highlands, Pahang.


Pemilik akaun itu bagaimanapun tidak menjejaskan secara terperinci konteks di sebalik hantaran ringkas berkenaan yang setakat ini sudah dilihat oleh lebih 31,000 pengguna.


Anis Rizana sberkata, beliau berharap penjelasan yang dibuat ini dapat mengelakkan orang awam daripada membuat spekulasi tidak berasas dan menyebarkan maklumat palsu.


"Sebagai agensi pemungut hasil negara, menyediakan fasilitasi perdagangan dan menguatkuasakan undang-undang, JKDM kekal komited untuk memastikan integriti menjadi teras dalam setiap aspek perkhidmatan.


"JKDM sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, emel, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2024 08:37 AM | Show all posts
lah KP sama KP tak boleh ke nak keluar ngopi?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 08:55 AM | Show all posts
piyek92 replied at 8-11-2024 08:37 AM
lah KP sama KP tak boleh ke nak keluar ngopi?

ntah... keluar jumpa sekali pegawai kastam lain, apa masalah?
bukan keluar dating berdua
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je ketua jabatan lain kaki sauk duit. Kartel bersepah2.. dorang la kepala dia. Lepas tu bila kena, ikan bilis bawah2 yg kena. Yg kenyang dorang
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
KP Anis ni mmg ada dlm radar ES laaaamaaaa dah kn?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 12:24 PM | Show all posts
baik buat dekat hotel kt port klang..kartel kt port klang tu bermaharajalela sbb maybe dari zaman tok kaduk dah buat so diperturunkan aje ke pegawai2 baru.

yg kelakar tukang kaut duit orang yang sama buat report kata kontena haram nk sampai hahaahahah..kenyang makan duit haram
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2024 12:31 PM | Show all posts
kenapa buat dekat Genting? meeting kat opis je lah kan, modal meehon dengan teh je....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 02:22 PM | Show all posts
kat ES salu petik2 nama minah ni sama azam baki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sihat kau nokk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dia nie paling glamer dlm edisi siasat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 8-11-2024 11:45 AM
KP Anis ni mmg ada dlm radar ES laaaamaaaa dah kn?

Setiap masa kena maki dalam ES
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 02:54 PM | Show all posts
femes dia ni kat ES. tp still takde tindakan pape klu btol dia cover kartel pati mcm yg ES sebut tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai Kastam terlampau tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 03:37 PM | Show all posts
dia ni ptd ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni muka cunning. Ada potensi pengkhianat negara
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 Kes aku dgr pengarah kastam ni, srh urut kaki la, suruh pegawai jd bodyguard dia la. Alang kalo da bengang sgt apa kata bodyguard rmi2 tu lupuskan je dia ni. Bkn susah sgt nak lupuskan org zaman skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 04:38 PM | Show all posts
Buat bangunan cantik2 kat Putrajaya masih buat acara kat Hotel?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:17 PM | Show all posts
kat bndr KL tak leh wat ke perjumpaan? perlu ke naik Genting?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn sampai keluar video terlampau antara laki dgn pompuan tu nanti udah laa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagaknyalah ko achik dietlah dahlah pulak tu sejenis makan duit Haram.. ummah2 mesia memang bahalol orang ginnih pun jilatttt abis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 1.280930 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list