CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60517|Reply: 11

[Tempatan] Tiada lagi mulai Julai 2025

[Copy link]
Post time 9-11-2024 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 9-11-2024 01:25 PM

KUALA LUMPUR- Mulai 1 Julai 2025, semua kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan atas jalan raya di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

Katanya, PETRONAS juga akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat dalam pasaran negara sebelum penamatan sepenuhnya bermula tarikh sama.

“Keputusan itu diambil atas beberapa faktor, termasuk isu keselamatan kepada pengguna terutama pemilik kenderaan yang dikuasakan dengan NGV.

“Berdasarkan rekod, tempoh kemuncak bagi pengubahsuaian dan pemasangan kit kenderaan NGV adalah antara 1995 sehingga 2014.

“Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan yang terbabit pada hari ini sudah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu diganti,” katanya pada sesi pengumuman Dasar Pengunaan Kenderaan NGV di PETRONAS Cochrane Perkasa, pada Isnin.

Anthony berkata, tangki NGV mempunyai had tempoh penggunaan selamat dalam lingkungan tempoh 15 tahun dan tidak selamat jika tidak diganti, selain boleh gagal berfungsi pada bila-bila masa yang boleh mendatangkan kecederaan, kematian serta kerosakan harta benda.

“Selain itu, terdapat segelintir pengguna yang sudah melaksanakan ubah suai kenderaan dengan menggunakan silinder gas memasak (LPG) yang amat berbahaya dan mendatangkan risiko kemalangan serta letupan sebelum ini.

“Silinder LPG hanya mempunyai tekanan sekitar 7 bar/100 psi berbanding tangki NGV yang mempunyai tekanan sehingga 220 bar/3,200 psi.

“Penggantian menggunakan komponen-komponen tulen pula akan memakan kos yang tinggi sehingga boleh melebihi RM7,000 bagi setiap kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, alat ganti NGV terutama tangki tulen amat sukar diperoleh di pasaran tempatan.

“Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas diterima, terdapat pemilik kenderaan sudah menggunakan alat ganti daripada tangki yang digunakan atau pengubahsuaian tidak diiktiraf, termasuk menggunakan tangki gas LPG.

“Semua perkara ini akan mendatangkan risiko keselamatan, kecederaan atau kematian kepada semua pengguna atau pemilik kenderaan terbabit,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2024 09:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Jujur lama x naik teksi ni.  Most of the time bila terpaksa naik teksi macam nak tunggu roboh dgn bau rokok yg cuba dihide dgn cheap spray perfume.  Seat pun mcm dah sunken in.  Kadang2 tak mau ambil kata jem la etc kalau nak ambil x nak pakai meter.  Pakcik tukar la bawa ehailing keta baru sikit, axia pun ok.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
adakala taxi ni lagi murah dari grab
tapi tulah........
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 09:47 AM | Show all posts
Mungkin sebab di ambang era kegemilangan kenderaan elektrik (EV) khasnya kenderaan darat.. Tidak mustahil tahun 2029 akan bermulanya era kegemilangan kenderaan jenis EV. Semoga ada la kereta sedan EV kelajuan tinggi menjelang awal 2030-an..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 10:11 AM | Show all posts
Lama dahulu selalu naik taxi airport yang guna ngv ni, masalah boot kereta jadi kecil sebab tank gas dalam boot. Punya lah bodohnya taxi airport guna ngv dan boot taxi jadi kecil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2024 11:20 AM | Show all posts
Guna alasan safety orang terus takut.

Yang sebetulnya gomen dah malas nak subsidize. Dulu konon ingat Malaysia ni kaya gas terus suruh orang convert. Bab2 lain lupa kot nak tengok.

Aku OK ja scrap.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-11-2024 11:20 AM
Guna alasan safety orang terus takut.

Yang sebetulnya gomen dah malas nak subsidize. Dulu konon ing ...

Keta Tesla brp byk yg terbakar, safety ke tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 12:47 PM | Show all posts
Firenzza replied at 9-11-2024 12:44 PM
Keta Tesla brp byk yg terbakar, safety ke tu?

Kena tengok stat juga dan real reason.

Jangan terus terpengaruh dgn whatsapp.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
1.tengok rega grab
2.pakcik(teksi) nk pi 'memana'...bape?
baru buat keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nie zaman Pak Lah kn ngv ini, ada bca NGV pun sbb subsidi tu murah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-11-2024 11:20 AM
Guna alasan safety orang terus takut.

Yang sebetulnya gomen dah malas nak subsidize. Dulu konon ing ...

Tak jugk… technology NGV ni tak berkembang. Sampai bila nak subsidize utk particular group. Think!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054790 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list