View: 50499|Reply: 4
|
[Tempatan]
‘Badan saya diangkat pusaran angin, dihempas dalam parit’ - Mangsa puting beliung Kedah
[Copy link]
|
|
Oleh OTHMAN YAHAYA
9 November 2024, 1:11 pm
Seorang penduduk, Abdul Kholid Chin, 75, melihat bangsal kayu di belakang rumahnya serta bumbung rosak dalam kejadian puting beliung di Kampung Kobah, Pendang.
PENDANG – “Mujurlah parit itu tidak dalam, jika tidak pasti saya telah lemas,” kata Salim Arshad, 69, mangsa yang diterbangkan angin puting beliung di Kampung Bukit Cepat di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu, Salim berada di luar rumahnya dan sedang berbual dengan ahli keluarga apabila terdengar deruman bunyi seperti kapal terbang sedang berlepas.
“Ketika itu langit cerah, tiada hujan dan selepas melihat puting beliung semakin menghampiri rumah, saya segera menyuruh isteri Rokiah Aziz, 64, dan anak Muhammad Hafizuddi, 30, masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
“Tiba-tiba saya terasa badan saya diangkat pusaran angin tersebut sebelum dihempas ke dalam parit. Saya hampir lemas,” katanya semasa ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dalam keadaan basah dan masih pening dia sempat merangkak keluar daripada parit berkenaan dan melihat bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat.
Sementara itu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang,Lt (PA) Yuslina Yusoff berkata, sebanyak empat rumah penduduk di Kampung Kobah dan dua rumah di Kampung Bukit Cepat rosak dibadai ribut dalam kejadian puting beliung petang semalam. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|