View: 24013|Reply: 38
|
[Jenayah]
Cinta ditolak, punca dua beranak dibunuh
[Copy link]
|
|
Cinta ditolak, punca dua beranak dibunuh
Mangsa bunuh Zulkifli Ibrahim, 62, (kiri) dan anaknya Siti Zulaila, 30. - Foto NSTP/MIKAIL ONG
GEORGETOWN: Polis mengesahkan kejadian pembunuhan seorang wanita dan bapanya di Lengkok Angsana, Ayer Itam di sini, pada Khamis lalu berpunca daripada 'cinta ditolak'.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan mendapati suspek yang juga lelaki tempatan berusia 32 tahun itu menaruh perasaan terhadap mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa yang berusia 30 tahun tidak berminat dengan suspek.
"Sebelum kejadian suspek juga dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluarga mangsa di kediaman mereka," katanya di sini, hari ini.
Khamis lalu, wanita dikenali sebagai Siti Zulaila Zulkifli, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62 maut akibat ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa wanita itu baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek yang bersenjatakan pisau dan menikamnya.
Bapa mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan tindakan suspek tetapi turut ditikam.
Suspek yang turut bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali kemudian dikejar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut.
Swee Sake berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
"Kita masih menunggu laporan ujian darah bagi menentukan sama ada suspek terbabit atau tidak dengan pengambilan dadah.
"Status ujian dadah suspek juga masih belum disahkan kerana kita masih menunggu laporan ujian darah," katanya lagi.
Suspek kini ditahan dan direman selama tujuh hari sehingga 14 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat kedua-dua mangsa.
Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan bersama dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong pada jam 10 malam, Jumaat lalu.
Selepas pengebumian itu, suami Siti Zulaila, Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal memberitahu beliau terkesan dengan dakwaan orang ramai yang menggelar isterinya sebagai janda dan menegaskan arwah masih isterinya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hati hati oo dgn orang mcm ni..
Terigat yang mangsa bunuh kena culik tu..
Ish...
Iols kesian pada mangsa2 |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk igt kat negara seberang... lelaki tu asal seberang kot???? |
|
|
|
|
|
|
|
sedara bau2 bacang kan dengan mangsa si suspek tu? gilooooo |
|
|
|
|
|
|
|
kecoh kat socmed cctv waktu kejadian nie bertebaran..
mmg brutal habis suspek kelar diri sendiri berkali-2 tp masih hidup
|
|
|
|
|
|
|
|
para last
mmmmm
harus la bersebab kan
xkan gossipan semata
still salah ape yg suspek ni buat
btw heols tikam diri dgn kelar acah2 ke tu
liat plak nyawa tu ye
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ni kes tersalah mangsa...
arwah ni kembar dengan si gadis yg tolak cintanya..
yang ditikam ni kembarnya.. bini orang..
ada baca kt fb ceritanya
|
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 11-11-2024 04:26 PM
rasanya ni kes tersalah mangsa...
arwah ni kembar dengan si gadis yg tolak cintanya..
yang ditikam ...
Oo ye Ke. Kes Salah org la ni.
Btw pembunuh tu kalo ko nak Mati, ko Mati sorang da hanat. Buat apa nak babitkan org lain.
Mohon Polis siasat ahli keluarga dia sekali. Takut ada penyakit keturunan x bleh terima kenyataan ke apa ke. |
|
|
|
|
|
|
|
sadis btul salah bunuh orang |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb itu penagih dadah patut tembak mati ja otak rosak menyusahkan masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 11-11-2024 04:26 PM
rasanya ni kes tersalah mangsa...
arwah ni kembar dengan si gadis yg tolak cintanya..
yang ditikam ...
Taklah tak salah org pun
Kembar mangsa pun dh kahwin juga
Dia mmg nak kat mangsa ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Btw takde ke gambar yg jelas mangsa ni
Apa kelebihan dia hingga ada yg obses |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya. Dah org taknak tu dah la |
|
|
|
|
|
|
|
tak mati pulak celaka tu
tak paham aku org yg jenis tak dpt terima kita tak nak kat dia
bodo ke hapa
dah la bini org pulak tu
klu aku org dah tak nak kita faham la
lg pun awek kat mana2 pun ada
tak kisah pun kena reject |
|
|
|
|
|
|
|
celaka betul sampai bunuh org, org taknak cari la lain.tapi dah ada kes sebelum ni, dadah plak tu sape je la yg nak.
tak pasal2 anak+ayah jadi mangsa bunuh
org jahat kejam ni mmg liat nak mampuss kan berkali2 kelar pun elok lagi hidupnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|