Pelawak Shuib Sepahtu bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Khoo Choon Guan didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Mejistret Shah Alam hari ini.
Memetik mStar Online, syarikat itu didenda atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Shuib dan Choo Guan mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan dan pengakuan bersalah itu dibuat dihadapan Majistret Ameera Mastura.
Mahkamah memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Selain itu, mahkamah membenarkan syarikat berkenaan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada PERKESO.
Post time 11-11-2024 03:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Support la bisnes melayu
Ujung2 tah berapa persen je share dia dlm company nih
Serupa mcm farm fresh tu laaa
Org dh scrut pun masih ada juga yg ckp tak kisah laa
Janji yg ke depan, yg bawak nama farm fresh tu org melayu
Padahal org tu pun cuma jaga bhgn marketing jer.
Bukan pemilik company pun.
Post time 11-11-2024 04:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
masa dia start rajin dok buka cawangan Bubble Bee dah terdetik lam hati dah..mcm ada orang kat belakang dia jah.. mcm terer nau utk seorang yg penah keje epot bahagian (chuols isi sendiri la) dpt pikir psl bisnes besar..
nape ye susah nk carum kwsp.. ada tu yg dalam slip siap tolak lagi kwsp tp x mencarum.. xtau duit tu kemana.. bukan byk pon nk kena carum.. selalu yg kena ni pekerja2 b40.. x kesian ke
Post time 11-11-2024 04:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nape tak byr hutang dulu soeb? hutang wajib dibayar dan didahulukan sama mcm nafkah kau bg kat family.. umrah tu ko bole pegi bila ko dah selesai hutang.. kau ni... menda basic pun ko tatau