Edited by maklukpenggoda at 12-11-2024 11:50 AM
Kuala Lumpur: Pelawak dan ahli perniagaan, Shuib, 40 menyifatkan tindakan denda RM17,500 yang dikenakan ke atas syarikatnya sebagai ujian dalam perniagaan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, dengan apa yang sudah berlaku itu membuatkan dia bersedia memperbaiki mana yang kurang dalam perniagaannya.
"Pihak syarikat juga sudah mengaku salah dan membayar denda dikenakan.
Harian Metro
SHAH ALAM – Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Mahkamah memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Selain itu, mahkamah membenarkan syarikat berkenaan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada PERKESO.
Dua pengarahnya, Shuib atau nama penuh Shahmira Muhamad, 40, dan Koh Choon Guan, 33, yang mewakili syarikat tersebut selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.
Mengikut tiga pertuduhan, syarikat itu mengaku bersalah atas tuduhan, sebagai majikan utama kepada seorang lelaki berusia 25 tahun, gagal membayar caruman majikan dan pekerja kepada PERKESO membabitkan bulan Oktober hingga dan Disember 2023 lalu, berjumlah keseluruhan RM97.80.
Ia sebagai mana dikehendaki mengikut Seksyen 6 (1) dan (8) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan 32, Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekarja 1971.
Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, Bubblebee mengaku bersalah gagal membayar caruman keseluruhan RM17.40 untuk lelaki sama untuk tiga bulan yang serupa bagi Sesyen 18 (1) Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Pendaftaran dan Caruman) 2017.
Semua perbuatan itu dilakukan di syarikat berkenaan di Taman Industri Alam Perdana, Taman Putra Perdana Puchong di sini pada jam 8.30 pagi setiap tarikh 16 hari bulan untuk November 2023 hingga Januari lalu.
Sinar Harian
|