CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 34447|Reply: 35

[Jenayah] EDISI MEREPUT TINGGAL SPENDER: Pegawai kadet tekap seterika mungkin diberhentikan pengajian, bayar balik biasiswa

[Copy link]
Post time 13-11-2024 12:06 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior kemungkinan diberhentikan pengajiannya.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan mengenai hukuman dalam kes itu akan dimuktamadkan oleh Lembaga Siasatan pada hari ini.


Selain diberhentikan pengajian di UPNM, pegawai kadet terbabit juga mungkin dituntut membayar balik biasiswa pengajian yang ditawarkan kepadanya.


“Dalam perkembangan terbaharu kes ini, kita sudah lengkapkan siasatan dan sudah tentu hasil siasatannya sama dengan siasatan polis, hanya daripada segi hukuman akan ditentukan (Lembaga Siasatan) pada hari ini terhadap penuntut itu.


“Kita (Kementerian Pertahanan) tidak akan berkompromi sama sekali dalam soal disiplin ini kerana soal ‘ragging’ semasa orientasi itu bukan perkara baru, di mana-mana institusi pun ada, tapi tak pernah membabitkan soal kekerasan begini.


“Tindakan lebih tegas akan diambil termasuk diberhentikan jadi kadet dan kita akan menuntut dibayar balik tanggungan pengajian yang sudah diberikan sepanjang masa pengajiannya,” katanya dalam sidang media di Wisma Pertahanan di sini hari ini.


MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2024 03:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 01:05 AM | Show all posts
SO mcm mana polis kata bergurau? Kalau dah diambil tindakan maksudnya bersalah la

Atau wpun bergurau tetap kena tindakan..


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 13-11-2024 01:05 AM
SO mcm mana polis kata bergurau? Kalau dah diambil tindakan maksudnya bersalah la

Atau wpun bergura ...

Polis nak gula gulakan orang awam

Choiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk traning tentera memang tak sah klo takde buli

Awat la mentaliti depa lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 02:46 AM | Show all posts
kuduttt je rupa dia
harus anak B40 ni
kesian pulak huhuu
tapi itu laaa
kenapa ko pergi tekap seterika badan anak orang
kan dah gelap masa depan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2024 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka kau
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif pakai mask?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 13-11-2024 09:06 AM

Buang terus dan dakwa je pembuli ni. Dia sndri pilih untuk membuli. Next yg retak tulang tu pulakk. Keluarga mangsa buli jgn lupa saman jugakk. boleh bayar rawatan. tutup je latihan tntra upnm nii klau x selesaikan masalah buli lagii
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
"Kita (Kementerian Pertahanan) tidak akan berkompromi sama sekali dalam soal disiplin ini kerana soal ‘ragging’ semasa orientasi itu bukan perkara baru, di mana-mana institusi pun ada, tapi tak pernah membabitkan soal kekerasan begini"

dan2 la ckp kat tmpt lain pun ada....bdk dah tua laguni nak ragging apanya. kat tempat korang je melebih2 ragging konon masuk institusi pertahanan.
elok dari blh hasilkan modal insan yg berjaya dah sekor kene buang, sorg lg tu entah fit ke tidak utk smbg bljr. yg kes sebelum ni smpai patah riuk masuk spital, yg mati pun ada.
membazir duit biasiswa hanya sbb "ragging".
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
eloklah tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Punah masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk msk UPNM bkn senang. Budak2 Cemerlang je yg lps masuk. Tapi gitu la....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
MUNGKIN diambil tindakan.. MUNGKIN JE YE TUAN PUAN.. mungkinnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dimana2 pun bukan tempat utk membuli. Baik sekolah, kolej, universiti & tempat kerja.
Yg membuli mmg wajib dihukum sewajarnya.
Pihak pengurusan pun sepatutnya dihukum juga.
Beri hukuman keras kpd pembuli & pihak pengurusan universiti yg terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni duk dlm gua ke selama ni?
Takkan taktau langsung kes arwah sampai nk ulang balik menda yg sama je
Rasa mcm bodoh sgt plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 08:13 AM | Show all posts
Acik2kepam replied at 13-11-2024 08:07 AM
Dorang ni duk dlm gua ke selama ni?
Takkan taktau langsung kes arwah sampai nk ulang balik menda yg  ...

cepat sgt lupa agknya
but not for netizen especially acik2 porem


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 09:18 AM | Show all posts
Elokla kolej mana2 hatta mana2 institusi kecik pun blacklist mangkuk ni. Majikan pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 09:34 AM | Show all posts
mendapat la. suke2 buat org.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.056935 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list