View: 33911|Reply: 90
|
Bekas staf dakwa stesen TV milik pengacara terkenal gagal bayar gaji, carum KWSP - “Mungkin lepas viral baru dia nak bayar gaji semua staff-staff" ...
[Copy link]
|
|
Seorang lagi bekas staf dakwa stesen TV milik pengacara terkenal gagal membayar gaji pekerjanya termasuklan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsi personaliti televisyen, Meyra Khan di TikTok, dia meminta orang ramai untuk menularkan perkara tersebut kerana memikirkan tentang nasib-nasib yang dihadapi oleh staf dan juga bekas staf kepada stesen TV berkenaan.
Ujarnya, dia sudah lama menahan sabar apabila bercakap mengenai isu gaji kerana tidak faham mengapa pihak pengacara tersebut menangguhkan urusan pembayaran gaji para pekerjanya.
“Gaji lambat satu bulan kita dah tahan.
“Lama ye tahan, bertahun, kalau gaji lambat tiga bulan ini.. satu bulan ini pun sudah melanggar undang-undang Malaysia.
“Kalau lambat tiga bulan kita tak tahu undang-undang mana yang digunakan,” tanya Meyraa.
Disebabkan itu, dia meminta orang ramai untuk menularkan tentang perkara berkenaan tunggakan gaji yang dipercayai belum lagi dilunaskan oleh pihak stesen TV milik pengacara terkenal berkenaan sejak beberapa bulan yang lalu.
Ujarnya lagi, bukan hanya gaji, caruman KWSP dan SOCSO turut tidak dilunaskan sehingga mereka juga buntu apa yang harus dilakukan memandangkan hanya seorang pekerja sahaja.
“Jadi kepada korang semua yang melihat video ini tolong, bantu lah kami.
“Macam-macam dah dibuat, kita ni manusia kerdil je awak. Jadi kami perlukan bantuan awak untuk viralkan.
“Mungkin lepas viral baru dia nak bayar gaji semua staff-staff, bukan gaji sahaja, EPF, SOCSO, KWSP. Maka bantulah kami untuk menarik perhatian pihak-pihak yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Jelas Meyraa, disebabkan tunggakan gaji yang sudah masuk 3 bulan tidak dibayar, pelbagai masalah dihadapi oleh pekerja dan bekas pekerja memandangkan perlu membayar pelbagai komitmen untuk diri serta keluarga.
“Saya seorang tak mengapa, namun bayangkan mereka yang berkeluarga. Macam mana nak sara keluarga kalau tiga bulan tiada gaji,” tambahnya.
Pendedahan yang dibuat oleh personaliti televisyen itu susulan tularnya satu hantaran di platform X apabila seorang bekas pekerja mendakwa sebuah stesen TV milik pengacara popular turut tidak menjalankan tanggugjawab terhadap pekerjanya selepas berita seorang pelawak didenda kerana tidak mencarum Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) baru-baru ini.
Diharap pihak-pihak berwajib dapat menyelesaikan permasalahan ini dan memikirkan tentang nasib para pekerja yang mana mempunyai tanggungan serta komitmen yang perlu dilunaskan.
SUMBER: – Oh Media |
|
|
|
|
|
|
|
Sape pulok...
|
|
|
|
|
|
|
|
kan ada mention tu
si muka kawah laki si mikel jeksen or datin tinted
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah viral sebelum ni cuma pastu senyap..
Dia yg Dato tu... yg x mengaku ada 2 anak dgn ex wife sebelum ni kannn |
|
|
|
|
|
|
|
sapa lagi kalau bukannnnnn...shah ale peace yo |
|
|
|
|
|
|
|
Patut le boleh kaya ye ..
Umpama kerja org buat free2 gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Cmno nk tunjuk muka ķt MLS ujg minggu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia dua org tu dia ada tanggung x...kalau anak sendiri pun dia x de tanggung sebelum ni..boleh fahamla dia buat selamba kat org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Nafkah anak kandung sendiri pun dia tak bayar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku x tau cemana masih ada yg support AC.. lg benci rancangan yg dia jd pengacara tu.. MLS.. Ali susun yg hansuang tu pon ramai supporters.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ingat dulu staff kontrak RTM pun gaji tertunggak berbulan... gila dorg ni anak semua nak disuap jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian staff yg kena mcm ni. Tak dapat gaji sebulan pun perit, inikan pula sampai 3 bulan... Lapor pejabat buruh jer. Jangan bagi muka kat majikan camni. |
|
|
|
|
|
|
|
ac ni mmg nmpk cm kebal gak dr kecaman. org x berapa nk kecam mcm soeb ke. sbb ada title ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrsLucky at 15-11-2024 09:14 PM
Kaya tapi gaji, kwsp dan socso pekerja tak bayar?
dulu i keje my husband company. Staff lebih 100 orang..
pernah ada clients tak bayar syarikat berbulan bulan, tapi kami tetap bayar gaji staff before 7th.
Kami jual kete, ambil loan dan hutang family members.
Tak pernah kami tak bayar gaji, Kwsp Socso dan psmb...
I tak pernah gentar bila pejabat buruh tiba2 datang.. begitu juga kastam tiba2 datang office ambil file. Everything is in order...apa nak takut..
Even yang berhenti tanpa notice pon i bayar gaji. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak tanyer, saper2 yg ada pengalaman kerja tp gaji tertunggak/x dibayar oleh company sampai berbulan2, camner korg survive yer dalam period x bergaji tu? relied on saving atau terpaksa berhutang dengan kawan2/family member yg lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Report polis dan sprm jugakk. Kot ada unsur2 meragukan |
|
|
|
|
|
|
|
Melampau tak bayar gaji. Kalo ac mizal, moga melingkup terus la. |
|
|
|
|
|
|
|
ank sulung dgn tinted further study kat korea eh? hensem bdk tu suara pon bole tahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|