CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30562|Reply: 10

Jiranku Bela Langsuir

[Copy link]
Post time 13-11-2024 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by B40tastePosh at 14-11-2024 12:08 AM

Assalamualaikum,

Aku nak tanya korang ada tak berdepan dgn jiran yg ada membela langsuir, macam mana korang atasi?

Aku ada seorang pekerja Indonesia yg tinggal kat pondok kandang lembu aku.

Ceritanya, pada suatu malam dia kata ada bunyi kat bumbung pondok , bumbung pondok yang diperbuat dari daun rumbia, bila tabur garam, bunyi benda berlari tergesa-gesa atas bumbung rumbia pondok 'Bap, bap, bap', jiran sebelah rumah terus matikan lampu dan tutup tingkap nako tiba2 ...'PAPP'

Dis kata' bang sekali sekala, Cuba tido kat pondok, Dengar ada bunyi apa kat luar pondok,' lepas tu...dia kata ' nanti abang boleh nampak, benda apa yang menunggang lembu2 tu'

So aku panggil seorang dukun Batak Karo. Dia kata...jiran kau tu ada membela, dan dia sering2 mengintai ikut tingkap rumahnya...so dukun batak tu kata, buat pagar zink(pagar tutup) antara kandang kamu dgn rumah dia, jiran kamu tu jenis iri hati.

Pekerja Indonesia aku tu pun tak kosong dalam hal mistik, ilmunya mereka panggil Perewangan, dia meminta aku akan lada hitam , aku segera ke dapur dan berikan sebekas lada hitam kasar dan kandang aku memang ada banyak garam kasar untuk minuman lembu, suatu petang sebaik azan maghrib habis berkumandang, pekerja Indonesia aku tu baca jampi serapah pada lada hitam dan garam ...lepas tu dia tabur di sempadan kandang dgn rumah jiran aku tu, tabur  kiri kanan dan dihadapan, selepas tu dia baling pada unggun api yang memang selalu kami hidupkan untuk asapkan kandang. Lepas tu, dibakar pula belerang.

Tepat pukul 7.40 petang....anak angkat nenek tu, menjerit dan mengilai-ngilai...memang seram, tapi dalam rakaman cctv aku dengar bunyi sayup sayup je. Tak pernah dia menyalakan lampu disamping rumah tiba2 dia menyalakan.

Malam tu aku lepak dgn pekerja Indonesia aku tu di pondok buluh tempat dia tidur, dia suruh sambil lepak buka ayat Ruqyah Syar'iyyah dari YouTube...aku ambil IPad Air aku dan buka ayat ruqyah tu....aku perasan lembu2 tu semua berkumpul dan baring dekat kita orang dan dekat unggun api depan pondok...tak pernah lembu aku tidur malam macam tu, selalu nampak dia berlari-lari waktu malam, dan tidur waktu pagi.

Keesokannya suatu petang, lepas makan malam di meja makan dengan pekerja aku itu, dia keluar rumah ke balkoni di samping rumah yang memang kami gunakan untuk melepak sambil melihat-lihat lembu2, tempat tu juga kami gunakan untuk simpan stok makanan dan barang2 kerja. Semasa dia di balkoni tu, Pekerja Indonesia aku nampak sosok perempuan berpakaian serba putih dan berambut kebasahan, panjang mengurai  paras pinggang, wajahnya bermuka pucat keluar dari pintu rumah jiranku. Memandang ke arah kandang kami dan kemudian dgn segera masuk ke dalam rumah semula. Pekerjaku memberitahu apa yang dia lihat tadi.

Aku berkata pada pekerjaku ' Setahu aku tak ada perempuan berambut panjang di rumah tu' rumah tu memang dihuni oleh 3 perempuan, seorang nenek tua,anak angkatnya dan pembantu rumah mereka yang mempunyai penyakit sawan babi.

Aku cuba check CCTV semula, tapi tertutup dgn pelepah kelapa nyiur di kandangku. Tetapi jelas terlihat kelibat sosok berpakaian putih keluar dan cepat2 masuk semula ke dalam rumah.

Aku segera menyuruh 2 orang pekerja bahagian penuaian Kelapa Sawit ku untuk menyiapkan segera pagar tutup di antara kandang kami dengan halaman tepi rumah mereka.

Kerana dukun Batak kami suruh siapkan pagar tu segera dan bakar garam dengan cili kering....tapi yang dibilang oleh duku Batak tu belaan nenek tu adalah jenis2 Begu atau dalam Bahasa Melayunya, Hantu Raya, atau dalam Bahasa Jawanya, Genduruwo.

Adakah nenek jiran ku ini membela sampai 2 jenis hantu...Hantu Raya bersama Langsuir.

Cuma pekerja Indonesia aku cakap ' Bodoh, bela benda jenis tu, lebih baik bela toyol'....aku ketawa di dalam hati.

Bersambung........


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde pengalaman
Sila citer lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:30 AM | Show all posts
tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:39 AM | Show all posts
tak nak komen apa..
but serious la buat kandang bela lembu dekat dengan kawasan rumah..
busuk kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-11-2024 01:51 PM
prettyuglybabe replied at 14-11-2024 11:39 AM
tak nak komen apa..
but serious la buat kandang bela lembu dekat dengan kawasan rumah..
busuk kot..


Tak busuk pun, sebab bagi molases, sebab culture kitorang Bugis dari Caucasus sana memang macam tu.

Melayu je yang tak biasa perah susu lembu, buat butter dan keju.

Kitorang 4 pagi dah pergi tepi rumah perah  tetek lembu.

Lembu makan rumput, diorang vegetarian bukan makan daging, busuk lagi taik manusia, anjing dan kucing yang korang bela dlm rumah tu.

Lagipun geran tanah kat sini pertanian, bukan kediaman ye...eihhh malas nak explain orang bandar nak ubah cukture kitorg kat kampung ni...lagi kalau Melayu, kau pergi tengok lembu kat area Balkan, Baltic sana diorg bela kat mana lembu, bawah katil je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:09 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-11-2024 11:39 AM
tak nak komen apa..
but serious la buat kandang bela lembu dekat dengan kawasan rumah..
busuk kot..

dalam kebun sawit kot..dan jiran tu mungkin tak berapa jauh dari situ.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2024 02:52 PM | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-11-2024 10:33 PM
espri6006 replied at 14-11-2024 02:09 PM
dalam kebun sawit kot..dan jiran tu mungkin tak berapa jauh dari situ.

Memang culture tempat kitorang bela lembu, jiran aku nenek tuz tu pun dulu bela lembu, sekarang tak bela dah.
Dari segi law pun tak salah kot...bukan geran kediaman/pembangunan.

Cuma Melayu je pelik....tapi Melayu Kelantan macam nak sama dgn culture kitorang kalau ternak menternak.

Kalau orang Kelantan mungkin boleh relate dgn cerita aku.




Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 03:38 PM | Show all posts
sambungan please...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 05:13 PM | Show all posts
awal2 baca pelik juga kenapa bela lembu tapi lepas baca statement tt yang diatas
baruuu ooo patut la
kipidap tt
kami kehausan cerita seram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2024 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-11-2024 10:32 PM

~Uda Ma'ah Datang Ziarah~

2 hari selepas tu, pekerja aku 2 orang tu tak dapat siapkan pagar, tinggal lagi beberapa meter lagi hendak siap.

''Bang zink nya tak cukup bang, kena beli lagi, banyak juga tu, abang tengok la sendiri'' ujar Su (pekerja) di luar rumah melalui telefon sebab aku di dalam rumah.

''Alamak macam mana ni, zink second hand ni tak cukup pula, kena cari zink putih dan gred rendah , duit tengah menyusut ni'' getus hati ku sambil memikirkan solusi kepada pagar tutup ku.

Pekerja ternakan lembu aku ni namanya Ijal, aku banyak habiskan masa dalam rumah hari tersebut, maka Ijal banyak habiskan masa di kandang.

Ijal berdiri di tepi kandang, bersempadan dengan laman rumah jiran ku, sebab meja makan lembu2 aku dekat degan sempadan tu juga. (Lembu lembu aku memang makan dengan style Victorian Dining Etiquette).

Dalam pukul 12 tengahari, aku ajak Ijal siapkan Lining dan Tanam Sawit di negeri Perak (Kami tinggal kawasan border Selangor-Perak).

Semasa siapkan kerja penananam anak kelapa sawit aku cuba pancing Ijal untuk buka topik pasal jiran aku, tapi aku pancing melalui persoalan berkaitan Ilmu Makrifat dan Perewangan sebab aku minat mengetahui hal2 itu juga.

Selepas lama bersembang pasal Makrifat dan Perewangan.

Tiba-tiba Ijal terdetik untuk memberitahu sesuatu ' Bang tadi aku jumpa seorang nenek bongkok ke rumah jiran abang tu'.

'Owh, tu Uda Ma'ah, dia keturunan Jawa, bukan Melayu Bugis, kahwin dgn Melayu Bugis sini' ujar ku.

''Dia tu rajin puasa mutih dan puasa sunat 3 bulan sebelum puasa bermula bulan Syaaban, tapi tu la mulutnya tu keluarga kami tak suka sangat kalau gejubus (gotong royong kenduri) banyak mengumpat dari bekerja'' tambah ku lagi.

"Dia toleh perlahan-lahan dengan mata melirik terbeliakke arah aku, bang, aku pun balas toleh dan lirik terbeliak ke arah dia, terus dia paling dari aku" ujar ijal sambil melakonkan aksi nenek bongkok tu.

"Nenek Bongkok tu pun ada belaannya juga, barang tak elok, bukan saka tapi barang yang dia ambil sendiri, ada setan nya tu" beritahu Ijal dari apa yang dilihat melalui mata batin nya.

" Ermmm apa dibuat ke situ ye, setahu aku dua-dua tu tak ngam, sebab dua-dua 'telefon bergerak', tukang tokok cerita" ujarku sambil hatiku mula sangsi dan curiga.

''Dia ada bawa beg/tas plastik,ada isi, tak tahu barang apa bang" beritahu Ijal kepada ku lagi menambah kecurigaan ku.

"Langsuir dia sakit ke? Minta kawan gaduh mesra dia ubatkan" ujar mulut cabul ku cuba mencari sebab.

Ijal dan aku saling berpandangan.

"Ubat kenapa, Langsuir dia sakit?...kalau aku kacau dengan Perewangan aku, mati nenek tu, tapi tak pe anak angkat dia tu lah pewaris nya" jelas Ijal dari semua kecurigaan dan pertanyaan ku sambil tersenyum.....

Bersambung........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu Dining Table untuk lembu aku, tu pagar tutup yang tak siap.

Aku harap momod naik kan pagar thread ni.

Sebab aku dah share pic.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.069548 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list