View: 5027|Reply: 0
|
[Tempatan]
DBKL tolak ke KPKT, KPKT tolak ke pemaju. Pemaju kata tak ada duit nak buat rumah,Pembeli RUMAWIP Residensi Hektar Gombak kiciwa kena scam,terbengkalai sehingga hari ini.
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 15-11-2024 10:39 PM
Menerusi satu luahan yang dikongsikan kepada X.com @meinmokhtar, individu tersebut mendakwa rumah Residensi Hektar Gombak yang sepatutnya siap pada tahun 2021 masih lagi terbengkalai sehingga hari ini.
Ada 2,400 unit habis terjual. Boleh bayangkan berapa besar nilai jualan hampir RM700 juta. Beli pada 2018, sepatutnya siap pada 2021, tapi terbengkalai sampai sekarang.
“Rata-rate pembeli dah bayar RM1,000-RM1,300 satu bulan. Nilai ini banyak untuk orang B40 yang beli rumah ini. Kita ingat rumah ini bantu kita dapat rumah lebih murah sebab bawah RUMAWIP.
“Sekali kena scam, pemaju kata dia tak ada duit nak buat rumah. Kami tak boleh hadam mana pergi duit itu. Kerajaan tak check ke? Mana boleh jadi macam ini?” luah individu tersebut.
Menurutnya lagi, para pembeli dibiar begitu saja tanpa ada pembelaan.
“DBKL tolak ke KPKT, KPKT tolak ke pemaju. Pemaju kata tak ada duit. Jadi kalau tak ada duit, apa anda boleh buat? Mereka minta kami bersabar, tapi bayaran bulanan ke bank setiap bulan.
“Agaknya kerajaan tunggu 2,400 orang ini bankrap, mogok jalanan baru nak dengar,” luah individu itu lagi
Wakil pembeli ada membuat Facebook khas, Residensi Hektar Gombak yang mengemaskini perkembangan projek perumahan tersebut.
Berdasarkan video dirakam di projek tersebut, kawasan perumahan mula dinaiki semak samun dan didiami segerombolan anjing.
Sumber
X.com @meinmokhtar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|