CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29689|Reply: 8

Haramkan penggunaan vape secara total - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah

[Copy link]
Post time 19-11-2024 11:06 PM | Show all posts |Read mode





KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.


Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang, terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).


Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.


"Alat vape ini adalah alat yang merosakkan kesihatan. Saya akan menyuarakan kepada kerajaan supaya vape perlu diharamkan secara total.


"Tidak perlu diberi pertimbangan sewajarnya, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia," titah baginda.


Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2024 di sebuah hotel di Kuantan, semalam.


Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan berhubung masalah penyalahgunaan dadah di Pahang.


Baginda bertitah, ini kerana Pahang kini menduduki kedudukan kelima teratas di seluruh negara dengan 11,750 penagih berdasarkan statistik AADK.


Titah baginda, sebanyak 57 peratus daripada jumlah penagih terbabit berumur antara 15 dan 30 tahun.


"Saya baru dapat taklimat daripada AADK yang mana di Pahang ini, kita nombor lima teratas yang mempunyai penagih dadah. Kebimbangan saya terhadap masalah dadah, khususnya di sekolah-sekolah di Pahang.


"Saya bimbang kalau ini tidak diambil perhatian, mungkin angka ini akan bertambah.


"Sudah sampai masanya ibu bapa di Pahang tidak kira kalau ada anak yang terlibat atau tidak terlibat, bangkit untuk membantu dan memberi nasihat sewajarnya," titah baginda.




Sumber- Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 03:55 AM | Show all posts
Begitulah selayaknya Tuanku..

sebelum nasi menjadi bubur, sebelum ramai keracunan, irreversible mcm kes hisap gam, better late than never.. vape ni asal dia tool untuk quit smoking rokok, skrg lagi senang nak letak flava dadah.. new kind of synthetic drugs
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Rokok tu patut diharamkan..dah puluh tahun fatwa rokok tu haram..9)10 penagih tu terdiri dari perokok
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai org melayu berniaga vape. Hmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:42 AM | Show all posts
sebaiknya .. banyak dah kes2 paru2 rosak gegara vape ni kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 08:55 AM | Show all posts
meols agree. mohon tuanku dpt beri tekanan kat gomen utk buat sesuatu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 12:09 PM | Show all posts
Tapi gomen kata tak haramkan vape..https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=240926
Guano ni Tuanku?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:17 PM | Show all posts
saranan yg sangat baik Tuanku, haramkan juga jualan rokok dan arak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Haramlan rokok sekali tuanku...jgn jual terussss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.338031 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list