View: 8707|Reply: 9
|
Lebih 50 Tahun Beoperasi, Rupanya Restoran Terkenal Di Kelantan Ini Tiada Sijil Halal Sah
[Copy link]
|
|
Melalui laporan Astro Awani, sebuah restoran di Kelantan dikenali ramai yang sudah beroperasi untuk separud abad telah dikompaun susulan menggunakan logo halal tidak sah.
Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan iaitu Azman Ismail, tindakan itu diambil selepas pihaknya melakukan pemeriksaan pada jam 12.30 tengah hari di restoran itu bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.
Katanya, premis terkenal itu meletakkan logo halal tanpa ada sijil sah yang sama sekali menyelahi Perintah 8 (a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
"Hasil semakan juga mendapati premis itu pernah memohon sijil halal pada 2011, namun tidak diluluskan."
Difahamkan, jika disabitkan kesalahan bagi pertubuhan perbadanan, pihak mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya adalah tidak lebih RM500,000.
"Jika pesalah bukan pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya."
Sumber : Astro Awani, Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
sun two ke tu? meja mcm sama jahh |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 20-11-2024 07:05 PM
sun two ke tu? meja mcm sama jahh
ehhh empunya nya tok matahari kah |
|
|
|
|
|
|
|
Guna lah logo halal Australia ke United kingdom ke |
|
|
|
|
|
|
|
Hello there, You did a really good job. Without a doubt, I will research it and personally recommend it to my friends. They will undoubtedly gain something from this website. I hope the next one goes well! Kindly visit https://airventures.co.za/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 20-11-2024 07:05 PM
sun two ke tu? meja mcm sama jahh
Dulu2 masa tinggal kat kb,selalu mkn kat situ. Popia dia sedap. Sekali tgh sedap mkn,jumpa kaki lipas dlm inti popia. Terus berhenti mkn.
Lps tu dah x prg lg dah. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai makan chinese ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
Abahhhhh.. Jom pi Ceben E pleaseee. |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 20-11-2024 09:49 PM
Abahhhhh.. Jom pi Ceben E pleaseee.
Hahaha…kenapa wara tersesat sini
Takat ada poket je, duit takde cemana nak pergi |
|
|
|
|
|
|
| |
|