View: 20671|Reply: 11
|
8 maut MPV bertembung 4WD. Tular video MPV lawan arus dikejar polis?
[Copy link]
|
|
Sarikei: Lelaki tempatan antara lapan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Lebuhraya Pan-Borneo Sarikei-Sibu, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kesemua mangsa yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 3.40 petang.
Menurutnya, sebaik tiba didapati ada mangsa yang masih tersepit dalam kenderaan.
"Dua daripada mangsa yang menaiki Perodua Alza dilaporkan tercampak dari kenderaan yang dinaiki.
"Sementara dua lagi mangsa yang menaiki 4WD dilaporkan cedera dan dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang awam dan diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan," katanya.
Menurutnya, pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.
Katanya, kesemua mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada jam 5.50 petang.
Sumber: Harian Metro (Erika George), Facebook Francis ngu hown hua page. Oh Media |
|
|
|
|
|
|
|
mmg boleh ek gini, kejar lawan arus bahaya org lain skali? tanya ek |
|
|
|
|
|
|
|
indon kan penuh dalam alza?
pati? |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni pun makin menjadi2 bawak kenderaan lawan arus...Bila kena hon boleh buat muka tak puas hati samseng...!!Apa plan menteri nombor plat dlm kes camni..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kt mangsa yg tak bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 22-11-2024 05:34 PM
lightheaded67 replied at 22-11-2024 09:46 AM
mmg boleh ek gini, kejar lawan arus bahaya org lain skali? tanya ek
kan..sb depa akn bawa laju(dh pulis kejor)...lwn arus lg..tentula pelanggaran akan cetuskan IMPAK MAKSIMA. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita bertembung yg lawana rus..apa kita nk buat..berserah je ke..i selalu dk fikir bnda gitu..pdhl xde la mengalami pun..
takziah utk semua keluarga mangaa |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tak ada magsa inosen yg meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-11-2024 05:16 PM
kan..sb depa akn bawa laju(dh pulis kejor)...lwn arus lg..tentula pelanggaran akan cetuskan IMPAK ...
boleh huhu jelah huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|