View: 52628|Reply: 17
|
Dahulu penghantar surat, kini Zaim jadi tauke bas ekspres
[Copy link]
|
|
KAJANG: Daripada penghantar surat menjadi pemilik syarikat bas ekspres.
Ia kisah kejayaan Ahmad Zaim Ghazali, 34, berbekalkan semangat, usaha keras dan tak pernah kenal erti putus asa hingga berjaya merealisasikan impian dan kini memiliki syarikat bas ekpres sendiri, Zaim Express Sdn Bhd.
Semunya bermula apabila anak kelahiran Bachok, Kelantan ini menyaksikan dan merasai sendiri susahnya untuk mendapatkan tiket bas ekpres pada harga berpatutan.
Pengalaman itu ditempuhinya ketika menggunakan bas ekspres untuk berulang alik dari ibu kota ke kampung halaman di Kelantan dan ia menyuntik tekadnya mahu membantu pengguna lain.
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan ini, berkata selain harga tiket yang tidak menentu, pengguna bas ekspres juga selalu berdepan masalah kehabisan tiket.
"Sukar sebenarnya untuk dapatkan harga tiket yang murah, kerap ada masalah tiket habis dan harganya juga tidak menentu. Jadi, saya rasa terpanggil untuk cuba mengubah senario itu," katanya.
Justeru, sejak 2012, beliau berusaha memulakan khidmat pengangkutan awam itu, termasuk mendapatkan lesen perniagaan bagi tujuan berkenaan.
"Selepas tamat latihan amali, saya cuba dapatkan lesen perniagaan, namun gagal sehinggalah 2018 apabila berjaya peroleh lesen perniagaan bas ekspres," katanya.
Zaim juga berdepan cabaran untuk mengumpul modal ketika itu bagi membeli bas ekspres dengan cubaan mendapatikan pinjaman bank menemui jalan buntu.
"Awalnya, saya cuba buat pinjaman bank, tapi gagal. Saya terpaksa kumpul sendiri wang dan akhirnya berjaya beli sebuah bas terpakai secara tunai.
"ada 2020, syarikat mula beroperasi dengan hanya sebuah bas terpakai, namun diselenggara dengan baik. Kemudian kami diduga pandemik COVID-19 dan bas ekpres tidak dapat beroperasi.
"Walaupun begitu, saya kekal menjaga dan mengekalkan perniagaan ini. Syukur pada 2022, saya mula mendapat kepercayaan bank dan menerima pinjaman RM2.33 juta daripada SME Bank dan RM1 juta daripada Bank Rakyat.
"injaman itu untuk pembelian bas ekspres dan kemudian jumlah pinjaman diterima semakin meningkat hasil kepercayaan diberikan bank," katanya.
Selepas gigih berusaha selama 11 tahun bagi memulak dan membangunkan perniagaan serta menempuh jalan penuh berliku, beliau kini memiliki lapan bas ekspres.
"Ini bukan perjalanan mudah, satu persatu dugaan dan ujian datang. Namun, saya sentiasa yakin dengan Allah dan berusaha sehabis baik, selebihnya keluarga dan rakan-rakan banyak memberi sokongan dan dorongan," katanya.
Syarikatnya kini menawarkan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan Klang dan Shah Alam di Selangor-Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasek Selatan di ibu negara-Kota Bahru serta Rantau Panjang di Kelantan.
"Kami menyasarkan pengguna dalam kalangan pelajar universiti khususnya, selain individu yang berulang alik ke Kelantan atas urusan kerja atau perniagaan," katanya.
Menurutnya, Zaim Express mengenakan harga tiket berpatutan dan sesuai dengan perkhidmatan diberikan dan mereka merancang melabur RM20 juta lagi untuk menambah bas baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Kami juga merancang menambah pelaburan RM50 juta dalam masa lima tahun. Bidang ini sememangnya perlukan modal besar kerana kos untuk beli sebuah bas ekspres baharu lebih RM1 juta.
"Saya yakin apa yang diusahakan selama ini mampu mencapai niat asal saya, khususnya dalam memberikan pilihan perkhidmatan bas ekspres kepada pengguna pada harga berpatutan," katanya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dan selamat maju jaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah n tahniah. Universiti mana? |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah dik, semoga perniagaan anda bertambah maju.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah. wawasan jauh mamat ni. selamat maju jaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Oo bas ni yg bengah jd driver tu |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah semoga terus maju |
|
|
|
|
|
|
|
margo20 replied at 22-11-2024 10:10 PM
Oo bas ni yg bengah jd driver tu
Ooo bengah x keje kat klinik tu dah ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah jadi tokey. Uncle Tony senyum sinis. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.
aku dok baca ni seriau bas ekspres bachok pon capex sampai 50 juta |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 23-11-2024 09:47 AM
Ooo bengah x keje kat klinik tu dah ya?
yup...alang2 dh up nma bengah tu just curious status dia laki org ke duda...kwn aku stalk ig dh xda latest gmbr dgn bini..and knpa resign dr klinik
|
|
|
|
|
|
|
|
merahrose replied at 23-11-2024 11:27 AM
yup...alang2 dh up nma bengah tu just curious status dia laki org ke duda...kwn aku stalk ig dh xd ...
29 sept ada lagi gambar wife nya |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke tokey mutiara tu bapak dia
ke i salah org..nk kena tnya ayah i balik ni..xingt dh cite dia aritu..kalau i tersalah maafkn la ye |
|
|
|
|
|
|
|
masuk sini sbb few days back kt feed ada post bengah ni jd driver..pastu mcm tgh serabut pasal hidup semua..dulu awal 2021 cmtu bukan ke dia ada kete mewah n mcm pindah dok bungalow lawa n npk mahal kan..what hepeng ehh
klinik tu biras dia punye kan..biras tu kawen kakak bini dia..kalu x keje sana dah adakah sbb sudah berantakan marriage nye?
risky juge jd content creator ni. bila dh takde content mmg xde jaminan ada duit ke idakk |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah.. harap driver nanti selalulah kena urine test ye.. geng ketum geng batu ni ramai
besok kalau banyak jadi kes, company melayu ni mmg selalu kena suspended dulu business dia, alasan keselamatan |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...semoga sentiasa maintain bas dan filter dan monitor betul2 driver..psg juga alat tracking device dan speed detector kasi warning jika lebih had laju. |
|
|
|
|
|
|
| |
|