View: 8888|Reply: 72
|
'Saya tiada akaun Facebook'
[Copy link]
|
|
'Saya tiada akaun Facebook'
Rosmah dedah penipuan pihak tertentu salah guna nama
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan beberapa akaun Facebook menggunakan namanya kerana beliau tidak pernah mendaftar di laman sosial berkenaan.
Malah, apa yang mengejutkannya, selepas diselidiki, akaun yang digambarkan seolah-olah dikendalikannya dan memaparkan laporan berserta gambarnya ketika menghadiri majlis rasmi yang dipercayai didaftarkan individu atau pihak di luar negara.
“Saya terkejut kerana sebelum ini, Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu bahawa beliau sudah menjadi rakan saya di Facebook.
“Sudah pasti saya hairan, bagaimana itu boleh berlaku sedangkan saya tidak pernah mendaftar pun di situ. Justeru, anda semua harus berhati-hati dan tidak tertipu.
“Saya tidak akan berbuat begitu (mendaftar dan berkomunikasi menerusi Facebook)...saya sentiasa bertemu dan berinteraksi terus dengan rakyat, bukannya di Facebook,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pameran Smart Kids 2011 anjuran bersama Expomal International Sdn Bhd dan Mutiara Sigma (M) Sdn Bhd, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Hadir sama, Pengerusi Expomal, Tan Sri Mustafa Mansur.
Pada majlis sama, Rosmah turut menyampaikan anugerah Young Malaysian Outstanding Achievement 2011.
Selain itu, Rosmah turut mengingatkan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka di internet bagi memastikan mereka memperoleh manfaat dan bukannya terpengaruh dengan gejala negatif dalam talian berkenaan.
“Teknologi internet boleh menjadi alat pendidikan yang menguntungkan namun pada masa yang sama mampu memusnah, membahayakan atau mengancam kesejahteraan emosi serta fizikal anak-anak.
“Sebagai ibu bapa kepada warga digital ini, kita harus membenarkan anak kita membabitkan diri dalam dunia siber dengan pencegahan tertentu. Saya amat percaya, perlindungan terbaik bagi aktiviti dalam talian anak adalah ibu bapa dan juga penjaga,” katanya.
Rosmah berkata, bagi menjadi ‘guru siber’ yang efektif kepada anak-anak, ibu bapa perlu mahir dengan internet terlebih dulu bagi memahami bagaimana dunia siber berfungsi.
Source: Berita Harian
Datuk Seri S Samy Vellu sudah menjadi rakan FB ah kak pink! Anda bila lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
x berminat la dgn dia x ada kepentingan....tapi kalau dgn PM.....sudah semestinya |
|
|
|
|
|
|
|
sapo rosmah ni??! |
|
|
|
|
|
|
|
sapo rosmah ni??!
CahayaAina Post at 16-4-2011 08:20 Anda mahu ketahui mengenainya...+1 Add as Friend |
|
|
|
|
|
|
|
aku sundrik tkde akaun FB....
ada 2 sbb tiada akaun FB;
satu, anti FB
dua, computer illiterate.....
mana satu ? |
|
|
|
|
|
|
|
ahkak rosmah tak mungkin ada fb... terus jumpa rakyat jahhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
emm kembalikan kepercayaan rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
dia kata 'i am approachable' tak payah fb fb ni...
so sapa sapa nak g kawan dgn dia.... p je umah dia.. kalau dia tak nak jumpa... ko kata kat berita semalam kata approachable.. kekekek
ada berani?? |
|
|
|
|
|
|
|
saya sudah menjadi fan ahkak pink a.k.a Bik Mama.... tp skrg dia dah tak aktif |
|
|
|
|
|
|
|
akaun nama big mama |
|
|
|
|
|
|
|
natang hapo fb ni? |
|
|
|
|
|
|
|
takde akaun FB pun nak bagitau satu dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
salam takde akaun fb satu dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya tidak akan berbuat begitu (mendaftar dan berkomunikasi menerusi Facebook)...saya sentiasa bertemu dan berinteraksi terus dengan rakyat, bukannya di Facebook,” katanya
suami R je yg main FB..... |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM 1 CARI FORUM |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama jadi kawan ahkak |
|
|
|
|
|
|
|
heheheh lawak2, siapakah rosmah tiruan itu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|