CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30866|Reply: 1

[Tempatan] MOT teliti cadangan warga emas jalani penilaian kompetensi dan kesihatan- Anthony Loke.Anda setuju?

[Copy link]
Post time 25-11-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEPANG – Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan supaya warga emas berusia 65 tahun ke atas perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan, sebelum memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).



Dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) di sini hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya menyambut baik cadangan tersebut, namun ia memerlukan penelitian lanjut sebelum sebarang ketetapan dibuat mengenainya.

“Itu kita kena kaji dulu laporan (cadangan) tersebut. Kita tidak terburu-buru untuk meletakkan apa-apa syarat tambahan.

“Sudah tentu ada implikasinya dan kita kena lihat kelebihan dan kekurangannya apabila apa-apa syarat tambahan (baharu) diletakkan,” katanya.

Anthony berkata, demikian bagi mengulas isu kerelevanan pemandu berusia 65 tahun melakukan penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui lesen mereka.

Beliau turut menegaskan sebarang usaha memperkenalkan syarat tambahan baharu perlu dilaksanakan secara berhati-hati supaya tidak memberikan implikasi yang negatif.

Sebelum ini media melaporkan peningkatan kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu warga emas di negara ini boleh dikurangkan jika syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu untuk golongan tersebut diperkenalkan.

Antara syarat yang boleh diusulkan ialah warga emas berusia 65 tahun ke atas yang masih ingin memandu, perlu melakukan penilaian kompetensi dan kesihatan, berikutan tiada had umur maksimum untuk golongan itu memandu di jalan raya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2024 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak setuju! Rakyat x mintak pun.
Rakyat nak kawalan harga flight di musim perayaan … price gouging esp MAS must GO!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.051519 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list