CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7945|Reply: 0

[Sarawak] Perhimpunan: PBB Bawang Assan kemuka usul persempadanan semula kawasan pilihan raya

[Copy link]
Post time 26-11-2024 02:01 PM | Show all posts |Read mode


Romeo (tengah) bersama ahli-ahli parti semasa menyuarakan usul mereka pada Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Bawang Assan di Sibu hari ini.

SIBU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bawang Assan akan mengemukakan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya pada Perhimpunan Agung Ke-16 parti tersebut yang dijadualkan pada Februari 2025.

Usul ini telah dibentangkan pada Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Bawang Assan Sesi 2025-2027 di sini semalam bagi mewujudkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu merangkumi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rassau, Bawang Assan dan Penasu dengan jumlah pengundi dianggarkan sekitar 12,000 orang.

Ketua Cawangan PBB Bawang Assan yang baru dilantik semula untuk tempoh 2025-2027, Romeo Christopher Tegong menjelaskan persempadanan semula itu amat penting untuk mempercepat pembangunan kawasan Bawang Assan yang dianggap tertinggal berbanding kawasan-kawasan lain di negeri ini.

“Usul ini akan dibawa ke Perhimpunan Agung PBB pada 14 Februari 2025. Seterusnya, hal ini dibentangkan pada Persidangan DUN pada Mei sebelum dibawa ke Parlimen untuk kelulusan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Setiausaha Politik Premier Sarawak itu turut berkata, DUN Sarawak ke-19 dijangka tamat pada 14 Februari 2027 dan beliau yakin kawasan-kawasan DUN baharu dicadangkan dimasukkan pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 nanti.

Bagi rekod, kawasan DUN Bawang Assan kini diwakili oleh Dato Sri Wong Soon Koh sebelum ini bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri Ke-12.

Namun pada Mac lalu, Wong mengumumkan pembubaran PSB dan menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) yang merupakan sebahagian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketika ini, Wong merupakan Naib Presiden Kanan PDP.

Selain usul persempadanan semula, Romeo turut menyatakan tiga usul lain akan dibawa ke perhimpunan agung tersebut, antaranya berkaitan elaun ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), kuota jumlah Ahli Majlis Kerajaan Tempatan serta isu-isu pembangunan setempat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.180135 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list