View: 9443|Reply: 31
|
[Tempatan]
Mansuh peperiksaan demi kurang tekanan murid, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. #2, UPSR, PT3 dimansuh bagi kurangkan tekanan akademik pelajar
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 26-11-2024 06:51 AM
Mansuh peperiksaan demi kurang tekanan murid, kata Fadhlina
https://www.freemalaysiatoday.co ... urid-kata-fadhlina/
Bernama
26 Nov 2024, 01:35 PM
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ekosistem pembelajaran jauh lebih menarik dan pentaksiran bilik darjah memberi tanda aras lebih baik untuk menilai murid secara holistik.
Menteri pendidikan berkata kementeriannya mengambil pendekatan tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan inquiry, eksplorasi, pengalaman, contextual serta pentaksiran sepenuhnya.
KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid, kata Menterinya, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, KPM mengambil pendekatan tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan inquiry (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, contextual (mengikut konteks) serta pentaksiran sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik murid.
“Pentaksiran bilik darjah ini akan beri tanda aras lebih baik, khususnya untuk melihat dan menilai anak-anak lebih holistik melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, jasmani, sukan dan kurikulum dan juga psikometrik serta kecenderungan murid.
“Pendekatan yang kita ambil untuk memastikan tiada lagi tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan dan mengurangkan tekanan mereka, sebaliknya menawarkan ekosistem pembelajaran jauh lebih menarik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) sama ada KPM sedia mengkaji semula kurikulum persekolahan bagi mengurangkan tekanan akademik murid.
Fadhlina berkata, KPM sentiasa memberi keutamaan dalam hal kebajikan dan kesejahteraan murid, termasuk psikososial serta kesihatan mental murid, antaranya melaksanakan Saringan Minda Sihat sebagai mekanisme pengesanan awal gangguan emosi.
“Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali terhadap semua murid tahun lima hingga tingkatan enam, manakala murid dikenal pasti mempunyai masalah gangguan emosi teruk dan sangat teruk, Saringan Minda Sihat dilaksanakan dua kali setahun.
“Murid menunjukkan tanda awal kemurungan diberikan bantuan segera melalui intervensi berfokus menggunakan Modul Minda Sihat, Modul Program Intervensi Minda Sihat dan Modul Kesihatan Mental Remaja yang menerapkan kemahiran menangani stres, menyelesaikan masalah dan menguruskan emosi dengan baik.”
Mengenai saringan kesejahteraan psikologi guru, beliau berkata, 92.7% guru memiliki profil kesejahteraan psikologi berdasarkan pemprofilan kesejahteraan guru menggunakan Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi).
Beliau berkata, KPM sedang membangunkan Indeks Kesejahteraan Guru (IKG) untuk mengukur kesejahteraan mereka melalui domain ketersediaan dan penggunaan sumber, autonomi dan kompetensi guru, keselarasan kerja dan persekitaran, kesejahteraan psikologi serta sistem sokongan.
|
|
|
|
|
|
|
|
UPSR, PT3 dimansuh bagi kurangkan tekanan akademik pelajar
https://m.malaysiakini.com/news/727051
Hariz Mohd, Zarrah Morden & N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Nov 26, 2024 12:22 PM
Dikemaskini: 12:22 PM
Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa pemansuhan peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 bertujuan mengurangkan tekanan akademik dalam kalangan pelajar sekolah dan mencegah bunuh diri.
Demikian menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, yang menjawab soalan Tan Kar Hing (Pakatan Harapan-Gopeng) mengenai kes bunuh diri baru-baru ini dalam kalangan pelajar, yang sesetengahnya menyalahkan kurikulum sekolah yang memberi tekanan.
"Sebab itu di peringkat kementerian kita ambil pendekatan mansuhkan peperiksaan. Jadi tak ada lagi pembelajaran berasaskan peperiksaan. Orientasi peperiksaan sudah tak ada tapi ditumpukan pada pembelajaran berasaskan inkuiri, eksplorasi, berasaskan pengalaman, kontekstual dan juga pentaksiran dalam sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik anak-anak ini
"Jadi anak-anak ini akan diberikan pengalaman pembelajaran berkaitan konten dan pengalaman dalam pembelajaran dan bukan lagi untuk peperiksaan semata-mata," katanya semasa Sesi Soal Jawab Menteri di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Tan dalam soalannya membangkitkan isu kes bunuh diri baru-baru ini melibatkan pelajar sekolah, termasuk satu minggu lepas yang menyaksikan seorang pelajar Tingkatan 4 di Pulau Pinang meninggalkan nota yang menyatakan kemurungannya terhadap pencapaian akademik.
Dia memetik kekurangan aktiviti kokurikulum didakwa menjadi faktor penyumbang, dan mahu Fadhlina menjelaskan jika kementeriannya mempunyai sebarang rancangan untuk menyemak semula sistem itu.
Tambahnya lagi, menteri itu berkata pendekatan pembelajaran semasa "yang memastikan tumpuan tidak lagi kepada peperiksaan" telah membantu mengurangkan tekanan dan menawarkan ekosistem pembelajaran yang lebih baik.
Pada Sept, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan bercakap mengenai keperluan untuk merombak dasar pendidikan negara, termasuk kekurangan peperiksaan sedemikian untuk pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3.
Dia berkata kekurangan peperiksaan UPSR dan PT3 perlu dirombak berikutan peningkatan insiden pelajar Tingkatan 5 ponteng peperiksaan SPM, dan pelajar menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira.
Bagaimanapun, Fadhlina kemudiannya menyatakan bahawa tiada rancangan untuk menghidupkan semula peperiksaan UPSR dan PT3 bagi pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3 atau ujian berpusat. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke exam besar ni dulu mansuh masa PKP |
|
|
|
|
|
|
|
Passing mark utk penilaian dlm kelas: 20%.
Dasar pembelajaran yg membodohkan anak bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
dulu korang juga yang heboh sekolah ni exam oriented..dah dimansuhkan bnyk bunyi juga lagi... nak apa hah sbnrnya korang ni? korang= netizen bawang |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 28-11-2024 01:25 AM
Passing mark utk penilaian dlm kelas: 20%.
Dasar pembelajaran yg membodohkan anak bangsa
Realitinya...Tu la markah lulus SPM. |
|
|
|
|
|
|
|
exam mansuh okla tp silibus jgk kne tgk blk. ni tgk silibus sek ren dh mcm sek men uish jenuh mak nk study utk ajor anak huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Mansuhkan jugak peperiksaan kemasukan ke SBP dan MRSM....nyah oiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Cassieopeia replied at 28-11-2024 09:50 AM
exam mansuh okla tp silibus jgk kne tgk blk. ni tgk silibus sek ren dh mcm sek men uish jenuh mak nk ...
Sbb exam mansuh la dia naikkan level silibus tu dan banyakkan topik nk kena belajar
Zaman masa UPSR dulu topik thn 6 sikit sgt by bulan 7 dh hbis sbb bulan 8-9 dh fokus ke exam
Budak menghafal cara menjawab
Kalau exam UPSR & PMR masih ada mmg tercirit ckgu dgn budak weyh
Skrg bulan 10-11 pon blom tentu dpat cover smua silibus betul2
Sbb tu dia mansuhkan exam
Yg dok memekak nk exam tu ada tgk ke silibus anak2 depa
Mmg mencabar
Depa pon mengaku susah nk ajar masa pdpr kan
Cer adakan balik exam UPSR bgai tu mmg stress laa haha
Melainkan silibus dia kurangkan dan senangkan mcm dulu2 baru la tak stress
Soalan aku kt netizen are u ready utk btol2 ada exam UPSR & PMR semula
Aku sebagai ckgu sejujurnya betol2 ready 3 thn lgi
Hahah budak drjh 3 thn ni jd batch pertama
Sbb keciciran 2 thn sbb covid masih ada sisa2 dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupon takdak exam UPSR aku rasa budak drjh 6 skrg lagi pndai la dr kita thn 6 dulu walaupon ada UPSR
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak pandai boleh laa score.. itu pon 2..3 org
Budak bodow boleh laa fail.. majority of the class
Anak aku antara yg score 80.. 90.. tapi dia cakap ramai kawan² dia yg fail walau pon cikgu dah bagi balik soalan utk di betulkan.
Secara generak aku against .
In a future, maka lahirlah geng² scammer yg kerja nya scam dokter²..engineer² yg mudah ditipu.
Yg pandai bertambah pandai & bendul
Yg bodow bertambah skil putar belit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dimansuhkan exam. Meroyan cikgu2 tusen sbb anak murid benti tusen pasa xde exam. Siap ngamuk2 kata bdk2 ni blajar utk exam je. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah penilaian skrg 100% dibuat cikgu. Setiap cikgu mesti ada standard masing2. Jd susah la da x standard. Cikgu pun ada emosi kalo dia menyampah tgk bdk tu ko rs apa markah dia nak bg? |
|
|
|
|
|
|
|
kena la pandai membodek,baru la masa depan cerah
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan mansuhkan peperiksaan tu
kurangkan sylabus yg merepek meraban tu
now budak2 takpaham sbb level mcm nak amek masters phd
exam ni bagus so that ada check point for students and also cegu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lampuled at 28-11-2024 03:23 PM
Dia yg jd pening sekarang cikgu² dan parents yg tak nak dan tak mampu nk berubah. Fikiran masih terkepung dgn metadologi lapuk. Boleh byg tak skrg ni kpm bagi arahan jgn ada exam oriented, jgn ada ranking tp ada sekolah yg degil gi buat jugak ranking anugerah murid. Kemain buat anugerah mcm dh konvo bagai. Kpm nak elak benda² mcm tu supaya murid² lain tak demotivated and stress di awal² usia dh dibanding²kan jumlah A. Padahal perjalanan jauh lagi. Sekolah rendah ni utk develope curiosity, interest anak²,utk diaorg explore diri sendiri, kenali dunia sekeliling tanpa di judge. Tugas cikgu² untuk develop and guide, cungkil potentsi murid² . Cikgu² jgn expect budak² tu masuk sekolah dh tersedia dibentuk. Tugas cikgu develope potensi budak² bukan testing budak. Cikgu sekolah rendah bina asas utk murid, sekolah menegah cikgu design arah murid hujung² baru la testing. Then tahu lah budak tu kena masuk tvet ke, uni ke, ikut kecenderungan diaorg so boleh kurangkan masalah salah pilih bidang keje sbb fake intelligence. Skrg ni semua dipaksa jd pandai ikut acuan masyarakat. Semua belajar utk A and apply jd doctor hujung² behenti jd doc tak boleh continue sbb burnedout stressed sbb apa? Sbb bidang tu bkn jiwa diaorng. Tu kehendak cikgu², parents. Dah jd kerugian kpd negara. Padahal kepandaian diaorg kat lain bknnya tak jd doktor maksudnya tak pandai. Harap ada yg faham apa yg i nk cuba sampai kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Semak plak akak dgn artis terpaling mak tu sibuk nk komen2 pasal exam ni
Jgn ingat lepas dapat tropi ko layak bersuara semua menda
Tp lupa laa ko mmg suka menceceh semua hal acah2 ko terpaling serba tau |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 28-11-2024 02:45 PM
Bila dimansuhkan exam. Meroyan cikgu2 tusen sbb anak murid benti tusen pasa xde exam. Siap ngamuk2 k ...
Setau akak dulu parents gak memekak bandingkan dgn negara maju yg santai2 belajar
Tak berteraskan exam semataa2
Maka budak tahap 1 takde exam lagi
Kendian si Radzi Jidin mansuhkan upsr dan pt3 sbb kobid dan ternyata mmg sblm ni ramai juga parents tak suka exam tu semuaa
Ramai yg mcm gumbira atas pemansuhan itu
Haa bila dah takde exam merempan balik nak exam plak
Tahape2 laaa ternyata takda satu benda yg memuaskan hati acik2. |
|
|
|
|
|
|
|
Lampuled replied at 28-11-2024 03:21 PM
Dia yg jd pening sekarang cikgu² dan parents yg tak nak dan tak mampu nk berubah. Fikiran masih ter ...
Terbaik komen uols. |
|
|
|
|
|
|
| |
|