CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12660|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki disyaki miliki ketamin dan ganja diberkas

[Copy link]
Post time 26-11-2024 02:25 PM | Show all posts |Read mode


Dadah yang dirampas daripada suspek. Gambar IPD Kuching

KUCHING: Seorang lelaki tempatan diberkas kerana disyaki memiliki dadah jenis ketamin dan ganja dianggarkan bernilai RM11,255 pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kuching telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di BDC pada jam 9.45 malam.

“Hasil serbuan telah merampas 50.80 gram dadah disyaki ketamin dan 36.50 gram dadah disyaki ganja yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM11,255.

“Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis ketamin dan THC serta mempunyai tiga rekod lampai berkaitan dengan kes dadah,” katanya.

Suspek kini direman selama empat hari sehingga 27 November ini.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, maka akan dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

“Justeru kita amat mengalu-alukan maklumat daripada orang awam berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah,” ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.200127 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list