CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26986|Reply: 0

[Sarawak] Bengkel mengenai AI dan ChatGPT pada 30 November dan 1 Disember

[Copy link]
Post time 26-11-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Bengkel komprehensif bertajuk 'Bengkel AI dan ChatGPT Dalam Menyokong Tugas Guru – Khusus untuk Warga Pendidik' akan diadakan pada 30 November dan 1 Disember ini di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di sini.

Bengkel dua hari anjuran bersama Hab Inovasi Digital Sibu (SDIH), UTS, Pusat Khidmat N.55 Nangka dan Caliphs Digital Group Sdn Bhd itu bertujuan membantu para pendidik memanfaatkan teknologi AI dan ChatGPT dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bengkel ini akan dikendalikan Dr Rahmat Aidil, pakar dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).

Para peserta akan didedahkan kepada pelbagai cara penggunaan teknologi AI dan ChatGPT untuk menyokong perancangan pengajaran, penyediaan bahan pembelajaran serta pengurusan kelas yang lebih efisien.

Yuran pendaftaran RM100 dan sijil penyertaan akan disediakan.

Peserta diminta untuk membawa komputer riba masing-masing.

Penyertaan bengkel ini terhad kepada 80 peserta.

Golongan pendidik dialu-alukan untuk menyertai bengkel eksklusif ini bagi meningkatkan kemahiran dalam era digital.

Daftarkan diri anda di pautan https://bit.ly/aigptbengkel atau lawat laman Facebook rasmi Sibu Digital Innovation Hub.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.399693 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list