|
LONDON – Lelaki tertua di dunia, John Alfred Tinniswood meninggal dunia pada usia 112 tahun di sebuah pusat penjagaan di United Kingdom, lapor agensi berita United Press International.
Tinniswood yang dilahirkan pada 26 Ogos 1912 semasa pemerintahan Raja George V, menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Rehat Hollies di Southport.
“Tinniswood merupakan seorang yang bijak, tegas, berani dan tenang menghadapi sebarang masalah. Dia juga mahir dalam matematik dan suka berbual.
“Pemergiannya dikelilingi oleh muzik dan kasih sayang,” demikian menurut kenyataan ahli keluarganya.
Tinniswood mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Blodwen pada 1942 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Susan.
Tinniswood menempa nama dalam Guinness World Records sebagai lelaki tertua yang masih hidup di dunia pada usia 111 tahun selepas kematian Juan Vicente Perez yang berusia 114 tahun. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|