View: 46188|Reply: 45
|
Tun M cadang hanya 2 parti bertanding dalam pilihan raya - "Lihat contoh di UK dan AS hanya dua parti bertanding"
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya hanya dua parti bertanding dalam pilihan raya bagi membentuk kerajaan yang kuat dan digemari rakyat.
Mahathir berkata, jumlah parti yang terlalu banyak tidak akan dapat membentuk undian majoriti bagi menang pilihan raya dan membentuk kerajaan.
"Apabila parti berpecah, pastinya tidak boleh menang pilihan raya sebab tiada antara parti itu yang boleh meraih undi majoriti bagi membentuk kerajaan memandangkan sokongan pun berpecah.
"Kita lihat contoh di United Kingdom dan Amerika Syarikat yang hanya ada dua parti bertanding dengan parti lebih sukses akan membentuk kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Buku Idealis Syed Hamid Albar karya Noor Hasilah Ismail dan Firdaus Zainal di sini, hari ini.
Beliau turut mendakwa kerajaan pada hari ini bukan pilihan daripada rakyat kerana tiada parti yang mendapat undian majoriti bagi membentuk kerajaan.
"Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang ditolak oleh rakyat dan bukan dipilih oleh mereka.
"Rakyat menolak semua parti berkenaan dan bagi menyelesaikan masalah itu, sepatutnya hanya dua parti sahaja yang bertanding (dalam pilihan raya)," katanya.
Selain itu, Mahathir turut menyifatkan bahawa Umno sudah tidak wujud kerana ahli dalam parti berkenaan sudah berpecah.
"Umno kini sudah tiada sebab sudah berpecah menjadi lima parti. Kini tampuk kepimpinan tidak ada usaha untuk menyatukan parti kerana tidak berpegang kepada perjuangan Umno.
"Ramai ahli Umno tidak setuju dan mereka keluar termasuk saya. Kadang-kadang yang keluar ini buat parti baru atau sertai parti lain. Kewujudan kukuh lebih 70 tahun Umno terjejas akibat perpecahan," katanya.
Mengulas mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun mentadbir negara, beliau secara berseloroh menyatakan tidak tahu kewujudan Kerajaan Perpaduan.
"Saya tidak tahu ada Kerajaan Perpaduan. Sekarang semua (parti) berpecah, tiada yang bersatu padu," katanya ringkas.
Sumber - Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu kau punya parti Beruk Makyeh macam2 parti tu kenapa?
Asal dah tua kuat merajuk, tubuhkan parti Beruk Makyeh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat US ada tak ex-president merajuk tubuh parti baru eg. parti bersatu USA tak pun parti pejuang USA ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba fikir siapa agak2 punca parti melayu berpecah sampai banyak parti macam sekarang kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 27-11-2024 04:36 PM
Hello saka... UK tu hanya 2 parti bertanding?US tu pun ada gak green party ngan socialist bertanding.bodohnya si tua neh ko pun jadi pm selama neh pun berdasarkan sokongan parti komponen je pun.bukannya umngok vs pas...umngok vs dap.2 party system neh bukan parti gabungan.kalo dah nyanyuk tu toksah la berkata-kata |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 27-11-2024 04:45 PM
B40tastePosh replied at 27-11-2024 04:25 PM
Dah tu kau punya parti Beruk Makyeh macam2 parti tu kenapa?
Asal dah tua kuat merajuk, tubuhkan par ...
Patut nya ckp lahh.. 3rd party atau 3rd bloc mmg takkan menang pilihan raya sampai ajm.melingkup sampai hilang deposit.dari dia merepek pasal 2 party system kt msia neh |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 27-11-2024 04:41 PM
Patut nya ckp lahh.. 3rd party atau 3rd block mmg takkan menang pilihan raya sampai ajm.melingkup ...
Dia kalah sebab 2 penjuru je....tu pun dah kalah teruk...sbb dah kantoi kaki scammer dan klentong kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 27-11-2024 04:43 PM
Dia kalah sebab 2 penjuru je....tu pun dah kalah teruk...sbb dah kantoi kaki scammer dan klentong ...
Apa 2 penjuru? 4-5 penjuru kot ..bn,ph,pn..pastu dia.calon bebas lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Hari-hari terakhir seekor Mahadir |
|
|
|
|
|
|
|
2 parti spt usa akan sebabkan revolusi politik..
contohnya... ramai ker yang boleh terima bila kepentingan kaum tidak dapat dilaungkan setiap kali pilihanraya, sedangkan itulah modal politik yang telah ditanam sejak penubuhan malaysia
dapatkah melaungkan "hidup melayu" bila hanya ada dua parti? |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap je la melayu/bumiputra berpecah 6, non malay berpecah 2, dan malay/bumiputra itu kalah rebut kawasan |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 27-11-2024 05:31 PM
2 parti spt usa akan sebabkan revolusi politik..
contohnya... ramai ker yang boleh terima bila kepe ...
boleh la...parti Bumiputera vs parti PATI... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 27-11-2024 08:49 PM
Tanpa disadari oleh Tun M dan anda semua .. sesungguhnya saat ini di Malaysia sudah ada 2 parti atau kelompo parti yang berkuasa ..
Siapa itu?
1. Parti Propaganda dan Ilusi Melayu (anda pasti tahu siapa mereka?)
2. Parti Anti Melayu (parti kumpulan orang China, India, Sabah dan Sarawak)
Tetapi sayangnya biarpun sama-sama melayu .. Parti Propaganda dan Ilusi Melayu yang masih berasaskan politik racism, discrimination dan chauvinism bangsa melayu mahawangsa masih tetap dicintai oleh majority bangsa melayu yang masih saja terus terbuai denan doktrin dan propaganda yang penuh kepalsuan dan kebohongan selama ini ..
Dan secara jujur boleh dikatakan bahwa Tun M adalah salah satu TOKOH yang menciptakan semua kekacauan dan keributan itu ......Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ingat rakyat US suka sistem 2 party? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul apa yg tun ckp. Dlm teras hidup cuma ada 2 pilihan atau berpasangan. Antara hidup atau mati, lelaki atau perempuan, kiri atau kanan, ya atau tidak..hanya walanon je yg bodoh n tak paham..walanon tau ketimbang je |
|
|
|
|
|
|
| |
|