CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82402|Reply: 1

[Kedah] Mangsa banjir buat 'Facebook Live' minta bantuan

[Copy link]
Post time 29-11-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 29-11-2024 06:13 PM

Mangsa banjir buat 'Facebook Live' minta bantuan

29 November 2024 05:18pm




Sebahagian penduduk yang terjejas akibat banjir telah dipindahkan ke PPS SK Kuala Nerang, pada Jumaat. Foto Bernama




KUALA NERANG - Seorang mangsa banjir menggunakan siaran langsung atau live di laman Facebooknya untuk meminta bantuan menyelamat selepas terperangkap susulan air banjir yang meningkat secara mendadak awal pagi tadi.

Nor Amiza Ahmad Sukkri, 42, dari Kampung Semeliang yang terperangkap bersama suami Shaharanizal Che Halim, 52, dan anak lelakinya Muhammad Yasir, 13, memaklumkan keadaannya yang cuba mendapatkan bantuan awal namun terhalang kerana air sudah naik hingga melepasi paras lutut.

"Dalam 1 pagi, saya cuba meredah air untuk ke rumah mak yang berada di kawasan lebih tinggi tetapi arus deras serta paras air tinggi, jadi saya berpatah balik ke rumah. Pada 2 hingga 4 pagi, paras air semakin meningkat melebihi paras lutut jadi kami berdiri di atas tembok rumah.

"Kira-kira 4.30 pagi, saya cuba hubungi pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetapi trak atau lori memang tidak boleh masuk ke laluan rumah kerana air sudah terlalu tinggi, jadi saya terpaksa berfikir cara lain untuk minta bantuan," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nerang, pada Jumaat.


]
Mangsa banjir, Hasemah Hasim, 57, bersama suaminya yang menghidap strok, Ahmad Seghi Lebai Ayob, 63, berpindah ke PPS SK Kuala Nerang, pada Jumaat. Foto Bernama




Setelah berpaut pada tembok rumah kira-kira tiga jam, Nor Amiza dan keluarganya diselamatkan oleh individu yang mengikuti siaran langsungnya dengan menaiki bot pada jam 7 pagi, sebelum mendapat panggilan bahawa pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

"Syukur kerana kami selamat, barang-barang di dalam rumah rasanya hanyut semua tetapi tak mengapa kerana paling penting nyawa. Benda lain boleh beli nanti," katanya.

Hasemah Hasim, 57, dari Kampung Mani A berkata, dia bersama suaminya yang menghidap strok Ahmad Seghi Lebai Ayob, 63, dan anak lelakinya Muhammad Sofi, 30, berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang semalam, selepas air banjir naik hingga paras kepala.


"Air mula naik sejak Rabu tapi esoknya paras air naik hingga kepala. Kami berpindah dengan bantuan orang kampung dengan menaiki bot. Selepas kejadian banjir besar pada 2010, ini baru berlaku banjir lagi dan kalau ikut banjir kali ini kurang sikit teruknya berbanding 2010," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid melawat mangsa banjir di beberapa PPS di sekitar Padang Terap.

"Hujan lebat sejak beberapa hari ini telah menyebabkan limpahan air...di Padang Terap melibatkan dua empangan iaitu Empangan Ahning dan Empangan Muda, jadi memang berlaku banjir dan dianggarkan lebih 30 kampung telah ditenggelami air.


"Kerajaan telah membuka PPS dan jabatan serta agensi berkaitan telah turun membantu mangsa-mangsa yang terlibat...ada kawasan laluannya terputus kerana air tinggi tetapi saya dan beberapa badan bukan kerajaan di daerah ini turun membantu menghantar makanan dan minuman kepada mereka," katanya. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/699448/edisi/utara/mangsa-banjir-buat-facebook-live-minta-bantuan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 05:28 AM | Show all posts

Welcome to our website dedicated to the production of gabions!



Here you will find unique specimens that will delight both sophisticated numismatists and beginners.
We offer a large range of coins from various eras and countries, including rare finds and investment offers.
For more information, follow the link устройство габионов цена за работу
Explore our collection and find out the history of each coin that will tell you about the richness of cultures and traditions around the world!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.450963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list