View: 58406|Reply: 65
|
“Gitu Je Dia Gula-Gulakan Orang Luar” – Datuk Vida Dicaj RM1,128 Lepas Naik Beca Di London Raih Perhatian
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular satu hantaran di akaun TikTok Datuk Seri Vida (DSV) apabila usahawan kosmetik terkenal itu berkongsi pengalamannya menaiki beca di ibu kota London, United Kingdom (UK).
Dipercayai penunggang beca tersebut menawarkan servis rondaan sekitar bandar tersebut selama hampir 15 minit. Teruja dengan beca warna-warni yang turut berada di luar negara, Datuk Vida pun mengambil peluang untuk menaikinya.
Menerusi video tersebut kelihatan usahawan tersebut menikmati suasana menaiki beca dengan iringan lagu-lagu yang dimainkan. Namun selepas seketika meronda, Datuk Vida berasa pelik mengapa tiada pelancong lain yang menaiki beca berkenaan.
“Saya dah pelik kenapa ramai orang tak naik. Lepas tu semua orang pandang saya naik benda ni. Tengok, tak ada orang naik pun,” katanya.
Setibanya di lokasi hentian, Datuk Vida meluahkan rasa terkejut selepas mendapati caj dikenakan bagi rondaan berkenaan. Jelasnya, dia telah dikenakan harga £200 (kira-kira RM1,128.20)!
Harga yang ditetapkan pada asalnya adalah sejumlah £235 (kira-kira RM1,325.87) tetapi disebabkan pembawa beca fikir dan percaya bahawa Datuk Vida adalah seorang pelajar, jadi dia berilah diskaun kepadanya.
“Saya kena tipu. Dia main letak je harga, tak kan harga macam tu. Bukan pucat, terkejut dengar. Padanlah tak ada orang naik. Tak sampai 15 minit dia pusing. Tak pasal-pasal.
“Siapa yang datang London nak naik beca tu beringatlah. Sekali pusing tak sampai 10 minit RM1300 kena. Tak puas hati!” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan caj yang begitu tinggi untuk bersiar-siar menaiki beca itu.
“Harga tiket mengalahkan tiket penerbangan. Baik naik flight je jalan-jalan ke negara lain,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga memberi nasihat untuk bertanya dulu tentang harga dan servis ditawarkan sebelum menaiki beca di sana.
“Kalau £20 okaylah. Lain kali tanya la dulu berapa. Macam tulah kita berbelanja di mana-mana sebelum membayar sesuatu,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga telah berseloroh melihat situasi tersebut.
“Kalau bayar mahal macam ni, dah boleh pusing satu Melaka ????,” kata seorang wanita.
SUMBER: BUZZKINI |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm tau plak dia marah bila kena scam ye |
|
|
|
|
|
|
|
Time kena sita kat China. Now kat London pulak ke? Sonok jadi kayaaaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kat public x pernah rendah2..semua nk up... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia scam orang xpe.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenalah jalan2 sblm isytihar bankrupt ... nnt tak dpt keluar malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Campak anak kat spain, bagi alasan nak visit anak. Gitu la liku2 hidup seorang scammer |
|
|
|
|
|
|
|
cantik beca dia pink kaler |
|
|
|
|
|
|
|
Yang netizen pun rajin sungguh komen. Scammer pun kau nk bg perhatian, makin besar kepala la dorang. Pantang nmpk org kaya terus kagum |
|
|
|
|
|
|
|
scammer yang sanggup kena scam |
|
|
|
|
|
|
|
Korang igt die bodoh and x tau mende tu mahal.
Tujuan die nk flex je die ade duit.
And nk mohon simpati konon2 die insan yang bodoh dan selalu tertipu,
Xde la kes hutang sejuta nmpk jahat sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Hasmizah... hasmizah.. tak pernah berubah sejak aku mula kenal kau. |
|
|
|
|
|
|
|
scammer buat marketing kena scam, tahniah!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by doodlediddle at 30-11-2024 02:34 PM
Orang melancong pun x Hingin lah nk naik bnda tu kat london. Baik lah 200£ tu shopping kat harrods or selfridges. Sape lah Nak naik beca tu, kat Melaka pun berlambak lampu2 muzik2. Kau je Batak naik tu kat London.
Orang melancong Kat London pun paling teruk pun naik black taxi, ye lah mercu tanda kat London walau mahal, naik tube naik bus lagi best, naik bus lagi boleh tgk sceneries.
Dasar budussss. Ade je lah drama kau nk cari clout. Yg komen pun smua budus2 belaka layan si scammer ni |
|
|
|
|
|
|
|
Awat negara sendiri takdak beca ka? |
|
|
|
|
|
|
|
luc replied at 30-11-2024 01:40 PM
Hasmizah... hasmizah.. tak pernah berubah sejak aku mula kenal kau.
Apa perangai puaka dia ni? Ce spill |
|
|
|
|
|
|
|
Sekupang pun iols tak caya apa keluar dari mulut scammer ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|