View: 8659|Reply: 8
|
[Tempatan]
Banjir: Suami isteri menangis lihat rumah musnah
[Copy link]
|
|
Hidayatidayu Razali
1.DIS.2024
[email protected]
Rumah milik Safian musnah dan hampir roboh selepas dibadai arus deras kejadian di Kampung Tujuh, Tumpat. FOTO Ihsan pembaca.
Kota Bharu: Luluh hati seorang peniaga di Kampung Tujuh, dekat Tumpat, apabila melihat kediamannya musnah akibat arus deras banjir.
Dalam kejadian malam kelmarin, kediaman milik Mohd Safian Abd Kadir, 44, yang dibina sejak tiga tahun lalu itu rosak dan menyebabkan dia kerugian RM200,000.
Katanya, dia mengetahui kejadian itu pada 11 malam kelmarin selepas dihubungi rakannya yang memaklumkan rumahnya musnah.
"Rumah itu saya bina dengan duit simpanan selama 20 tahun hasil daripada perniagaan kecil-kecilan. Saya dan isteri hanya mampu menangis melihat rumah hasil titik peluh kami berniaga musnah dan hampir roboh dalam sekelip mata.
"Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan dan percaya ia mempunyai hikmah di sebaliknya. Selama ini, tidak pernah berlaku banjir di lokasi ini, namun kelmarin, air deras lalu di kediaman kami yang menyebabkan struktur bangunan retak dan musnah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, dia bersyukur kerana ketika kejadian, isteri, Mariana Muda, 46, dan lima anak termasuk anak bongsu, Mohd Izham Rifqi, 9, yang juga orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down dan tidak boleh berjalan, tiada di rumah itu, kerana mereka menumpang di rumah ibu mentua, Halimah Hassan, 90.
Menurutnya, kediaman itu sementara dibuat inap desa, dan jika tiada tetamu, mereka sekeluarga akan tinggal di rumah itu.
"Jika ada tetamu, saya sekeluarga akan tinggal di rumah ibu mentua yang jaraknya dalam dua kilometer sahaja. Kebetulan musim banjir, kami tidur di rumah ibu mentua kerana bimbang dengan keselamatannya.
"Rumah ibu mentua juga dinaiki air separas 0.2 meter, namun kami tidak berpindah kerana masih ada tempat tinggi untuk kami tidur.
"Saya berharap dapat membina kembali rumah itu, namun setakat ini tidak mempunyai modal memandangkan saya hanya berniaga secara kecil-kecilan," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada duit boleh contohi rumah family yang viral tu, yang buat benteng tu. Aman damai tenang ja meka sefamily tido malam, air tak masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..ni mesti buat rumah takde piling |
|
|
|
|
|
|
|
Lalu jalan ni mesti tengok rumah dia, stand out tepi jalan tu, sebuah tu je sblum roadblock PGA. Takda dah lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. duit simpanan hasil titik peluh sendiri.. boleh repair lagi tu bang, bukan musnah terus.. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 1-12-2024 02:10 PM
Kesiannya..ni mesti buat rumah takde piling
rumah kampung mmg tak buat piling |
|
|
|
|
|
|
|
i pun baru buat rumah... ada structure bawah je , tkde piling... , tapi rumah i tinggi byk dari jalanraya... insyaAllah takkan kena banjir... sama macam org kat tered ni.. buat utk homestay |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 1-12-2024 02:42 PM
i pun baru buat rumah... ada structure bawah je , tkde piling... , tapi rumah i tinggi byk dari jal ...
Kalau u buat rumah kat tanah tambun better buat piling...takut tanah bergerak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...insyaallah ada yg lebih baik masa depan ..biasanya bila Allah bg ujian akan muncul yg lebih baik jika kita bersabar...satu lagi bila terjadinya musibah kita lebih mengingati Allah....
Pesanan untuk diri sendiri juga ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|