Biden beri pengampunan kepada anaknya, Hunter menjelang pelaksanaan hukuman
AFP - Disember 2, 2024 @ 11:54am
Gambar fail menunjukkan Hunter Biden dan Presiden Joe Biden, yang memegang tangan cucunya, Beau Biden Jr berjalan beriringan di Marine One di Ft McNair, selepas bermalam di Kem David di Washington Jun tahun lalu. -Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam mengeluarkan pengampunan rasmi untuk anaknya Hunter, yang menghadapi hukuman atas dua kes jenayah berkaitan pengelakan cukai dan pembelian senjata api.
"Tiada orang yang munasabah yang melihat fakta kes Hunter boleh mencapai apa-apa kesimpulan selain Hunter dipilih hanya kerana dia anak saya dan itu salah," kata Biden dalam satu kenyataan, menyebutnya kes itu sebagai tindakan ketidakadilan
Awal tahun ini, anak lelaki Biden disabitkan kerana penipuannya terhadap penggunaan dadah apabila beliau membeli pistol iaitu satu jenayah dan juga sudah mengaku bersalah dalam perbicaraan pengelakan cukai dalam kes yang berasingan.
Pengampunan itu dibuat selepas Biden berulang kali menegaskan beliau tidak akan campur tangan dalam masalah undang-undang anaknya.
Pada September baru-baru ini, Setiausaha akhbar Rumah Putih berkata, Biden tidak akan mengeluarkan pengampunan untuk Hunter.
Pada masa sama, kes jenayah terhadap Presiden terpilih, Donald Trump terhenti selepas keputusan menyeluruh mengenai imuniti presiden oleh Mahkamah Agung, yang mana saingan Biden dari Parti Republikan berkemungkinan tidak mungkin menghuni sel penjara, walaupun selepas sabitan kesalahan besarnya kerana memalsukan rekod perniagaan pada Mei lalu.
"Saya berkata saya tidak akan campur tangan dalam membuat keputusan Jabatan Kehakiman dan saya memegang kata-kata saya walaupun saya melihat anak saya didakwa secara selektif dan tidak adil.
"Pertuduhan dalam kesnya hanya berlaku selepas beberapa lawan politik saya di Kongres menghasut mereka untuk menyerang saya dan menentang pemilihan saya.
"Saya percaya kepada sistem keadilan, tetapi ketika saya bergelut dengan ini, saya juga percaya politik mentah mencemari proses ini dan ia membawa kepada kegagalan keadilan," kata Biden dalam kenyataannya, semalam.
Kes mahkamah Hunter Biden menjadi tumpuan perbincangan politik, terutamanya di tengah-tengah pemeriksaan ketat daripada penggubal undang-undang Republikan.
Pengakuan bersalahnya dalam kes pengelakan cukai dan hukuman penjara berat yang berkaitan dengan tuduhan cukai dan senjata api mencetuskan dakwaan menyatakan dia menerima layanan istimewa kerana hubungannya dengan Presiden Joe Biden. Tuduhan ini dengan tegas dinafikan oleh pasukan guamannya, yang mendakwa bahawa pendakwaan terhadap Hunter lebih dipengaruhi oleh hubungan keluarganya berbanding merit kes itu.
Pembayaran cukai tertunggak Hunter dan denda berkaitan, ditambah dengan kegagalan perjanjian pengakuan bersalah yang sepatutnya mengelakkan hukuman penjara, telah menambah kerumitan kepada situasi ini.
Kes ini tidak dinafikan menimbulkan cabaran kepada keluarga Biden, terutamanya dalam tahun pilihan raya apabila persepsi awam boleh memberi kesan politik yang besar.
Keputusan Presiden Joe Biden untuk menarik diri daripada perlumbaan presiden 2024 memihak kepada Naib Presiden Kamala Harris berjaya aknya telah mengurangkan desakan Republikan untuk mempolitikkan masalah undang-undang Hunter. Namun, implikasi yang lebih luas terhadap keluarga Biden dan kedudukan Parti Demokrat dalam pilihan raya kekal sebagai perkara penting untuk diperbincangkan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register