CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48894|Reply: 19

Ramai rakyat Malaysia tidak sabar tunggu air banjir surut, nak ke Hatyai

[Copy link]
Post time 2-12-2024 10:34 PM | Show all posts |Read mode






PETALING JAYA – Destinasi popular Hatyai terus mencuri perhatian rakyat Malaysia sehingga ramai pengguna media sosial mendesak agar maklumat terkini mengenai cuaca di bandar tersebut dikemas kini setiap hari.


Tinjauan Kosmo! di platform TikTok mendapati, ramai yang tidak sabar untuk bercuti ke sana selepas Hatyai disenaraikan sebagai salah satu destinasi percutian termurah di Asia.


Pengguna media sosial turut berkongsi komen yang meminta kemas kini cuaca harian untuk memudahkan mereka merancang perjalanan.


Cuaca semasa di Hatyai dilaporkan baik dan cerah, menjadikannya masa yang sesuai untuk melancong.


“Tolong maklumkan setiap hari ya. Kami akan ke Hatyai pada 8 haribulan ini,” ujar seorang pengguna, Ummi Aqeem, dengan penuh keterujaan.


Seorang lagi pengguna, Mazniee, berkata, “Abang, boleh tak tiap hari kemas kini cuaca di Hatyai? Disember kan cuti sekolah, ramai nak pergi sana.”


“Saya nak ke sana 7 haribulan. Tolong kemas kini cuaca setiap hari sampai tarikh tu ya,” tambah seorang lagi pengguna, Ina Mirza.





SUMBER: – KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nak buat ape pergi kat sana tew?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
tak sabar2. ada yg menunggu ke kat sana? kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau musim hujan ni, seeloknya tangguh2 la dulu cuti ke hatyai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 01:24 PM | Show all posts
lepas balik dari hatyai
"hidup ini keras roy"
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 01:35 PM | Show all posts
aavakateimani replied at 3-12-2024 07:41 AM
nak buat ape pergi kat sana tew?

Nak melantak sampai bulat....dah bosan makanan kat rumah/melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2024 02:06 PM | Show all posts
Orang Malaysia especially melayu sangat hadap Hat Yai ni. Walaupun Thailand ni negara tumpuan pelancong dari seluruh dunia, Hat Yai langsung takde dalam radar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Situ tak banjir ke

Tak pernah terasa nak pegi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo patut la tak banjir..hat yai ni rupanya lg dekat kalau masuk ikut perlis yach..tgk map dr klate mcm jauh juga
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 03:16 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 3-12-2024 02:23 PM
Oo patut la tak banjir..hat yai ni rupanya lg dekat kalau masuk ikut perlis yach..tgk map dr klate m ...

Sejam ja dari sempadan. Ikut Bukit Kayu Hitam di hujung lebuhraya Plus, jangan ikut Perlis.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-12-2024 03:16 PM
Sejam ja dari sempadan. Ikut Bukit Kayu Hitam di hujung lebuhraya Plus, jangan ikut Perlis.

Iols selama ni ingt masuk ikut sempadan kelantan

Btw..iols pelik td kenapa uols kata jgn ikut perlis .bukan bukit kayu hitam tu kt perlis ke? Ni tergerak hati nk google..dlm kedah rupanya naa..aiyoohh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pondan siam control kembang idong
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 03:42 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 3-12-2024 07:30 AM
Iols selama ni ingt masuk ikut sempadan kelantan

Btw..iols pelik td kenapa uols kata jgn ikut per ...

sempadan belah perlis ada jgk..
1. pdg besar
2. wang kelian

klu nak ke hatyai boleh la ikut pdg besar, tapi bkt kayu hitam lagi dekat..
klu nak pi belah Satun, Pakbara boleh ikut wang kelian lebih dekat..

Kedah pun ada 2 pintu, satu Bukit Kayu Hitam.. satu lagi Durian Burung/Ban Prakob..
Klu Bukit Kayu Hitam keluar sempadan je terus jumpa dannok.. pastu hatyai..dekat je..

klu ikut Ban Prakob paling best sbb xde org, xyah beratur pjg..boleh terus ke Pattani/Sakom..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nk p langgan ayam pondan kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 3-12-2024 03:30 PM
Iols selama ni ingt masuk ikut sempadan kelantan

Btw..iols pelik td kenapa uols kata jgn ikut per ...

Bukit kayu hitam tu kedah. Padang Besar baru Perlis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 05:12 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 3-12-2024 03:30 PM
Iols selama ni ingt masuk ikut sempadan kelantan

Btw..iols pelik td kenapa uols kata jgn ikut per ...

Hat Yai lebih dekat dengan Kedah ketimbang Kelantan. Dari Kelantan kena lalu 3 wilayah bergolak - Narathiwat, Pattani dan Songkhla (Hat Yai dalam wilayah Songkhla btw) baru sampai tapi jalan herlok dan landai. Infact, it's not a bad idea kalau orang Kelantan nak pergi Perlis lalu ikut Siam kalau nak elak East-West highway yang bergunung-ganang tu. Zaman dulu2 memang itu laluannya the reason di Padang Besar sebelah Perlis orang cakap utara tapi seberang pagar belah Siam depa cakap loghat Pattani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah sape yg tk sabar nak gi hatyai
Maybe org ni dh book hotel time cuti krismas kut
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 06:18 PM | Show all posts
apa ada kat hatyai tu.. pi bkk la baru best
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tazzabar nak masat-masat b2b happy ending
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham.....rata2 penyediaan makanan belah2 sana kurang bersih tapi gigih melantak juga, ada satu kakak jual sayur kat kg orang belah2 sana siap cakap2 sayur2 sana racun baja memang guna banyak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.091633 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list