|
Hari ini 32 tahun yang lalu, mesej teks SMS pertama dihantar.
Neil Papworth merupakan jurutera yang bekerja di syarikat perkhidmatan IT Sema Group Telecoms. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan yang membangunkan sebuah "Pusat Perkhidmatan Mesej Pendek" (Short Message Service Centre, SMS) untuk syarikat telekomunikasi British Vodafone UK. Ketika itu, Sema Group berharap untuk menggunakan mesej-mesej pendek sebagai satu perkhidmatan 'paging'.
Lepas Papworth memasang sistem terbabit pada satu terminal komputer di suatu tapak di barat London, beliau menghantar satu mesej ringkas - "Merry Christmas" - kepada telefon bimbit Orbitel 901 milik Richard Jarvis, pengarah Vodafone yang ketika itu sedang menghadiri sebuah parti.
Tak lama kemudian, Papworth menerima panggilan telefon daripada parti Krismas tersebut, memberitahunya bahawa mesej yang dihantar itu berjaya, walau ketika itu telefon bimbit masih belum memiliki keupayaan untuk menghantar mesej.
Setahun kemudian, Nokia melancarkan telefon bimbit pertama dengan ciri SMS, namun mesej terhad kepada hanya 160 aksara dek kekangan lebar jalur (bandwidth) & hanya boleh dihantar dalam rangkaian mudah alih yang sama - pengguna hanya boleh menghantar SMS merentas syarikat berbeza mulai 1999.
'Texting'/permesejan teks mula mekar bila diperkenalkan sistem Tegic (T9) yang membawakan pelan prabayar, asalnya tak mengenakan caj untuk teks, yang menarik minat golongan muda. Dek kekangan 160-aksara & kesulitan menaip dengan kekunci berangka, terlahirlah terma-terma singkatan & slanga yang tersebar luas dalam permesejan berasaskan internet.
Lalu populariti permesejan SMS meledak di United Kingdom, di tempat kelahirannya - menjelang Februari 2001, kira-kira 1 bilion mesej dihantar setiap bulan & pengguna dicaj 10 sen bagi setiap mesej, menjana kira-kira £100 juta sebulan dalam keuntungan korporat.
Menjelang 2010, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa melaporkan 200,000 mesej teks dihantar setiap minit, namun memasuki 2012, SMS di seluruh dunia mula menurun, tatkala aplikasi telefon pintar menjadi wadah pilihan utama baharu untuk permesejan segera.
Sumber: History
#PeristiwaHariIni |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|