View: 45096|Reply: 125
|
"Yang hapuskan UPSR, PT3 bukan saya tapi Putrajaya (Radzi Jidin)" - Fadhlina Sidek
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada 2021 serta 2022 bukan keputusan beliau sebaliknya oleh Datuk Dr Radzi Jidin ketika memegang jawatan itu.
"Saya dapati ramai ahli Yang Berhormat (YB) masih berminat isu berbangkit berkaitan peperiksaan. Ramai yang bertanya, menggesa (peperiksaan) mesti dikembalikan dan melihat bagaimana kesannya kepada anak kita khususnya selepas pemansuhan UPSR dan PT3.
"Saya ingin beri penegasan, yang hapuskan peperiksaan bukan saya tetapi Putrajaya (Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin). Saya ambil pendekatan apa yang ada dalam sistem sekarang ini khususnya pentaksiran.
"Ini harus diberikan kekuatan, penegasan dan juga (usaha) memperkukuh guru-guru kita," katanya ketika Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, hari ini.
Susulan jawapan diberikan Fadhlina, Radzi bingkas bangun dan mencelah untuk memberikan pencerahan berhubung isu terbabit.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata keputusan KPM berhubung isu berkenaan adalah jelas iaitu meneruskan dasar pendidikan semasa dengan memberi tumpuan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Memperincikan justifikasi pelaksanaan PBS itu, beliau berkata, ia antara usaha kementeriannya bagi pembangunan pendidikan secara holistik.
"Ingin saya tegaskan, peperiksaan tidak boleh ambil alih soal pembangunan pendidikan. Apa yang kita mahu adalah melihat anak-anak kita membesar dan mendapat pendidikan secara holistik.
"Sebab itu saya setuju. Ada antara soalan dikemukakan YB berkaitan sukan, pembabitan badan beruniform... kerana ini yang kita sedang lihat dalam pendidikan.
"Keseluruhan konteks ini sama penting dan sangat penting untuk pembangunan anak kita," katanya.
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Doh sekarang ning mung yang pegang.. mung ade kuasa untuk kembalikn semula.. keje bodoh je bhai alasan gining.. menteri plg bodoh.. makan dedak cina dap |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kunun xnak exam oriented |
|
|
|
|
|
|
|
Yg orang byk pertikai tue silibus pendidikan yg byk & merepek. Math dah mcm belajar BM. |
|
|
|
|
|
|
|
xpayah lah upsr, kurangkan silibus dan adakan exam akhir tahun pun dah ok. ni penilaian dgn xde jadual tah pape. dah la serentak dgn exam kafa. mmg fokus kt kafa jelah. sekolah blur nk belajar apa. exam kafa siap ustazah suruh prepare topik apa yg akan masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
asal exam je byk anak cina mati bunuh diri...itu ke sebabnya mansuh? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu alasan sbb covid.jd dia mansuhkan kejap upsr dan pmr asbab sesi pembelajaran pun kurang. ada kelonggaran kat situ.
sekrg ni kau yg pegang kuasa, boleh jer amend kan? kuasa kat tangan kau kot |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling kuat belit |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 4-12-2024 08:29 AM
sikit2 nak petik dap..apa kena mengena??
menteri skrg nak perkasa apa yg menteri kpm buat dulu.tak salah pun
nanti kalo buat exam balik babi2 walaun cam ko lah nanti akn menyalak anak2 kita bukan tikus makmal.puiii
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa la
jenis takde fakta mmg dia carut mcm tu
level otak dorang mmg rendah sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Exam mmg ade kn.. silibus tu je.. Pasto pemarkahan.. kalau ade ank yg xberckp sgt . PT3 la penuh.. klau ade yg potpet2 pt5 saje la.. Pasto sibuk la 7777777777 murd darjah 1 masih xkuasa 3M. Tu maksudnya ape? System korg elok ke... Haish |
|
|
|
|
|
|
|
bangang kan..dorg ingat exam2 besar mcm upsr,pmr tu buleh tukar2..kejap ada kejap takde mcm budak2 tu bahan eksperimen |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah lama anak aku islamic private school A markah 85 ke atas. this year tukar SK, eh A dia 82 ke atas pulak. tapi SK lain ada yang A markah 80 ke atas. yang benarnya SK mmg takde std grading ke?
ni kalau tetiba nak uturn buat semula pt3 and upsr, tolong la jgn last minute. dah la format UASA asyik bertukar. mmg dah simplified, tapi makin susah soalan dia |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat aku, yg tanya dah dia jadi menteri kenapa tak kembalikan?
nak kembalikan peperiksaan upsr, pt3 ni ada proses...bukan petik jari terus buat..
pastu ada implikasi, dari segi prosedur pembelajaran cikgu, target murid2, kos dari segi penyediaan kertas peperiksaan, kertas percubaan..lantik semula cikgu jadi petanda kertas peperiksaan..semua ni kos..
polisi negara bukan main petik kejap nak buat, kejap taknak buat, pastu nak buat semula |
|
|
|
|
|
|
|
aavakateimani replied at 4-12-2024 06:32 AM
dulu kunun xnak exam oriented
Betul tu dulu ibu bapa yg sendiri taknak siap bandingkan dgn negara jepun bagai
Bila takda nak balik
Pastu nnt tanak balik
Suka hati je nak ubah dasar ikut tekak memasing
|
|
|
|
|
|
|
|
n3ar replied at 4-12-2024 08:53 AM
pendapat aku, yg tanya dah dia jadi menteri kenapa tak kembalikan?
nak kembalikan peperiksaan upsr, ...
Betul tu
Sebenarnya perancangan nak mansuhkan upsr dan pt3 tu dah lama lebih 10 tahun lalu sejak tahun 2010 lagi dah masa abah din jaga KPM
Dorang mmg dh tunggu masa je nak mansuhkan, kebetulan covid aritu mmg terus je la laksanakan
Kalau nak kembalikan semula mmg amik masa laaa sama mcm nak atur balik takwim sekolah ke bermula januari pun takleh terus je tukar kena berperingkat.
Sian budak2 yg nk amik SPM tak cukup masa nnt.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Apoo at 4-12-2024 09:05 AM
ayukpingu replied at 4-12-2024 08:21 AM
dulu alasan sbb covid.jd dia mansuhkan kejap upsr dan pmr asbab sesi pembelajaran pun kurang. ada ke ...
Dey, covid dah habih, still 2022 & 2023 pun x buat la.
Hg ingat dasar yg dibuat ni senang2 saja ka boleh di ubah? Buatnya mansuh tahun depan, naik menteri lain pulak ada mak pak yg dok komplen anak2 kecik lg pressure nak exam, then kena batal pulak ka?
Hg x ingat ka time Tun intro math & science dlm english dulu? Baru bebrp tahun, mak pak komplen, menteri lain naik, terus batal. Then parent lain pula komplen, last2 introduce dual language. Kesian anak2 masa depan negara ni dok jadi Guinea pigs geng politicians.
Radhi Jidin tu mmg sangap. Dulu beria kata penghapusan exam ni lepas kpm buat kajian apa semua. Tiba2 lepas hg x jadi menteri, hg terus koma? Maybe dia boleh baca balik apa yg dia umum dulu .
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/04/811621/upsr-mansuh-pt3-dibatalkan
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemansuhan-upsr-pt3-beri-ruang-pelaksaaan-pbs-lebih-berkesan-mohd-radzi-375098?amp=1 |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 4-12-2024 08:21 AM
dulu alasan sbb covid.jd dia mansuhkan kejap upsr dan pmr asbab sesi pembelajaran pun kurang. ada ke ...
Bukan sbb covid semata2 pun mmg KPM dah plan nk mansuhkan sejak 2010
Covid hanya mempercepatkan jer pelaksanaannya.
Ini juga sebenarnya permintaan ibu bapa,maybe dulu acik2 yg ada anak skrg blm ada anak jd tak tau or tak amik tau
Kalau nk tau mmg drpd dulu ramai yg bising dah tak mau terlalu berorientasikan peperiksaan
sbb tu budak2 tahap 1(darjah1-3) dah takde exam sejak 2018-2019 aku tak igt sgt laa
Bila dah tahap 2 baru ada exam pertengahan/akhir tahun tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|