View: 19631|Reply: 3
|
[Tempatan]
Hakisan pantai semakin kritikal, surau 40 tahun dikhuatir 'lenyap'
[Copy link]
|
|
Oleh Zaid Salim - Disember 3, 2024 @ 2:29pm
[email protected]
KUALA NERUS: Surau berusia lebih 40 tahun yang terletak berhampiran pantai Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini, berhadapan kemungkinan akan runtuh berikutan hakisan yang berlaku di pantai berkenaan semakin kritikal.
Hujan, fenomena air pasang besar serta angin kencang menyebabkan hakisan di pantai berkenaan semakin menghampiri perkarangan surau terbabit.
Justeru, penduduk bimbang surau yang dibina orang perseorangan untuk kegunaan pengunjung pantai dan nelayan kampung berkenaan akan menerima nasib sama sebagaimana yang menimpa kedai celup tepung dan beberapa premis lain sebelum ini yang terletak berdekatan surau berkenaan yang sudah roboh.
Penduduk, Razali Idris, 61, berkata, jika tidak ada tindakan segera di ambil kemungkinan hakisan itu menyebabkan surau berkenaan akan roboh dibadai ombak.
"Surau ini dibuat orang perseorangan dengan menggunakan duit sendiri lebih 40 tahun lalu dan digunakan bukan hanya dalam kalangan penduduk dan nelayan, di sini, tetapi turut digunakan pengunjung yang datang ke pantai ini," katanya ketika ditemui di perkarangan surau berkenaan, petang semalam.
Menurut Razali, dia bersama penduduk secara bergotong royong berusaha mengalihkan surau berkenaan jika keadaan semakin kritikal.
Bagaimanapun, katanya, penduduk sangat berharap agar ada pihak berkuasa yang turun padang melihat keadaan hakisan di kawasan berkenaan selain membantu kerja-kerja mengalihkan surau berkenaan.
"Jika tidak dialih (pindah) ke kawasan selamat, saya percaya, kesudahannya surau ini akan jatuh ke laut," katanya.
Abdul Jalil Wahid, 53, berkata hakisan yang berlaku itu bukan saja bakal melenyapkan surau berkenaan, sebaliknya ia turut membabitkan beberapa rumah, chalet dan kedai makan yang berada di sepanjang pantai berkenaan.
"Kerajaan sudah meluluskan peruntukan untuk membina pulau tiruan bermula dari kampung berkenaan sehingga ke perairan pantai Batu Rakit.
"Sepatutnya ia (projek) sudah bermula pada Mac atau April lalu tetapi sehingga kini tiada kerja pembinaan dilakukan di kawasan berkenaan," katanya.
Seorang lagi penduduk, Azmi Ngah, 63, berkata, masalah hakisan pantai itu sudah lama membelenggu penduduk iaitu setiap kali tiba musim Monsun Timur Laut (MTL) sejak lebih 10 tahun lalu.
Katanya, akibat hakisan, sudah banyak rumah penduduk, inap desa dan premis perniagaan serta prasarana disediakan kerajaan sudah hanyut ke laut.
"Pada 23 November lalu, lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di tanah perkuburan kampung ini terpaksa dikebumikan semula selepas dihanyutkan ombak.
"Kini, Surau Pantai ini yang dibina lebih 40 tahun pula menunggu masa untuk dibawa ke laut. Jika tiada tindakan segera diambil, saya pasti surau ini akan runtuh," katanya.
Menurut Azmi, dulu jarak pantai dengan surau kira-kira lebih satu kilometer selain kawasan pantai yang cantik dan bersih.
Tetapi kini katanya, akibat hakisan yang berlaku setiap tahun, jarak surau dengan pantai tidak sampai tiga meter.
"Monsun Timur Laut biasanya berakhir pada Mac dan saya tidak tahu bagaimana nasib surau ini dalam tempoh tiga bulan ini," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bsr jgk lubang dia..seram..
hrp semua slmt..
btw kt area situ ada kedai keropok lekor sedap..bayu enterprise kot namanya..
masa festaim mkn tu sdp giler |
|
|
|
|
|
|
|
Negara lain aman2 ada wave block wave protection di luar pantai siap ada tidal pool, malaysia ni mana ada duit, org pandai2 pun kerja bawak grab |
|
|
|
|
|
|
|
Dah buat tembok pemecah ombak pun spnjg tok jembal smpai situ kan..
Tp tu la...kena pikir cara utk selamatkn area situ.
Kalau tak..mmg hilang terus la dr peta.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2014/10/12360/kampung-tok-jembal-mungkin-hilang-akibat-hakisan-pantai-penyelidik-umt
Kalau dr tok jembal tu
Hala ke umt..laluan pntai
.
Mmg sipi dah air laut dgn jalan.
Lama tk p...sejak jmbtn angkat tu bukak
Suka keropok lekor ummi dan keropok mengabang tapah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|