CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32645|Reply: 1

[Tempatan] Bekas CEO 1MDB patut di kandang tertuduh bukan di kandang saksi - Najib

[Copy link]
Post time 4-12-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 4-12-2024 02:47 PM

Bekas CEO 1MDB patut di kandang tertuduh bukan di kandang saksi - Najib

Hidir Reduan Abdu Rashid
Diterbitkan:  Dec 4, 2024 11:32 AM
Dikemaskini: 11:54 AM

]

Najib Razak memberi keterangan mendakwa bahawa bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi sepatutnya berada di kandang tertuduh dan bukannya dirinya.
Bekas perdana menteri itu hari ini menegaskan bahawa bukti dokumentari menunjukkan bahawa dalang sebenar penyelewengan di 1MDB ialah Shahrol dan ahli pengurusannya yang lain bersama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low).
Najib yang juga bekas menteri kewangan menegaskan Shahrol mengingkari lembaga pengarah 1MDB dan bersekongkol dengan pengurusan dan Jho Low untuk menggelapkan AS$700 juta dana yang dimaksudkan untuk usaha sama dengan Petrosaudi International Limited (PSI).
"Bukankah dia (Shahrol) sangat bertuah kerana saya orang yang dituduh? Kerana jika saya bukan bekas perdana menteri Malaysia dan menteri kewangan, saya benar-benar percaya dia bukan di kandang saksi tetapi kandang tertuduh," kata Najib memberi keterangan dalam pembelaannya semasa perbicaraan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram RM2.27 bilion 1MDB.
Pada 2009, AS$700 juta daripada AS$1 bilion dana 1MDB untuk usaha sama itu dialihkan kepada entiti luar pesisir Good Star Limited, yang dikaitkan dengan Jho Low.
Pendakwa raya mendakwa bahawa tindakan Jho Low di 1MDB adalah atas restu Najib.
Bagaimanapun, tertuduh mendakwa dia tidak mengetahui sebarang salah laku di 1MDB, dan penyelewenagan itu didalangi oleh Jho Low dan ahli pengurusan 1MDB yang lain.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 03:17 PM | Show all posts
shahrol pulakkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.177475 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list