CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36465|Reply: 7

[Tempatan] penerimaan panggilan telefon daripada ahli perniagaan yang kini diburu, Low Taek Jho (Jho Low)

[Copy link]
Post time 4-12-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 4-12-2024 02:45 PM

Saya tak pernah paksa lembaga 1MDB usaha sama Petrosaudi - Najib
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Dec 3, 2024 6:31 PM
Dikemaskini: 6:31 PM
KES 1MDB | Najib Razak memberi keterangan di mahkamah bahawa dia tidak pernah memberikan arahan atau tekanan kepada lembaga pengarah 1MDB untuk mengadakan usaha sama dengan Petrosaudi International Limited (PSI).
Bekas perdana menteri itu hari ini menjelaskan mengenai penerimaan panggilan telefon daripada ahli perniagaan yang kini diburu, Low Taek Jho (Jho Low), yang kebetulan berada dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 26 September 2009.
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Low memaklumkan kepadanya pengurusan 1MDB sedang berbincang mengenai cadangan usaha sama dengan PSI dan Low hadir mesyuarat lembaga pengarah itu sebagai wakil Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi.
Menurut Najib, Low kemudian bertanya jika dia sebagai perdana menteri ketika itu, boleh bercakap dengan pengerusi lembaga pengarah 1MDB, Mohd Bakke Salleh (gambar bawah) untuk menyampaikan konteks umum inisiatif antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Kemudian, Najib bersetuju atas permintaan itu.



Najib berkata Low seterusnya menyerahkan telefon kepada Bakke yang berada dalam mesyuarat lembaga 1MDB dan dia memberitahu pengerusi tersebut agar lembaga membuat keputusan yang jelas.
“Adalah penting untuk menjelaskan bahawa tujuan saya dalam pertukaran ringkas ini bukan untuk mengarahkan atau menekan lembaga untuk menyertai usaha sama dengan PSI.
“Sebaliknya, niat saya untuk menggalakkan Bakke mempertimbangkan cadangan itu dengan teliti, mengambil kira pandangan Jho Low sebagai wakil PSI, dan memastikan semua proses pemeriksaan wajar (due diligence) dilakukan.
“Pada waktu itu, saya beranggapan Jho Low akan terus berada dalam mesyuarat untuk memberikan taklimat terperinci tentang perspektif PSI. Kalau tidak, untuk apa dia hadir dalam mesyuarat lembaga itu?



“Bagaimanapun, saya hanya mengetahui kemudian semasa perbicaraan ini bahawa walaupun minit mesyuarat menunjukkan kehadiran Jho Low, dia tidak kekal dalam mesyuarat itu dan tidak memberikan taklimat kepada lembaga seperti yang sepatutnya,” kata Najib semasa membantah kes RM2.27 bilion penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram terhadapnya.
Najib menafikan perbualan telefon ringkas dengan Bakke itu bertujuan untuk memaksa atau mempengaruhi lembaga 1MDB untuk menyertai usaha sama tersebut. Sebaliknya, dia hanya mahu memastikan lembaga membuat keputusan berdasarkan maklumat selepas mendengar pandangan wakil PSI dan menjalankan ketekunan wajar.
Selepas perjanjian usaha sama ditandatangani pada tahun 2009, sebanyak AS$700 juta dana 1MDB yang diperuntukkan untuk usaha sama itu disalurkan kepada entiti luar pesisir, Good Star Limited, yang dikaitkan dengan Low.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 02:47 PM | Show all posts
tanjat meols tibeh muka bakke salleh

malam ni nak halu2 la kata muka pemes masuk porem
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 02:52 PM | Show all posts
apa reaksi ko kalau, orang huluq phone, bagitau, Perdana Menteri Malaysia nak cakap sikit....tahun 2009...



anjeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2024 05:51 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 4-12-2024 05:53 PM
shamsadis replied at 4-12-2024 02:52 PM
apa reaksi ko kalau, orang huluq phone, bagitau, Perdana Menteri Malaysia nak cakap sikit....tahun 2 ...

atau yg huluq phone tu

kelentong kat Pok Jib yg dia wakil PSI
dan
kelentong dgn lembaga pengarah yg dia wakil Pok Jib

kelentong utk nak sakau duit 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 07:03 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 4-12-2024 07:43 PM

ex-PM kena scam sampai masuk penjara.
padan muka.
percaya la lagi geng kartel jadi broker.

jho low, scammer paling berjaya dalam donia,
sampai sekarang tak dapat di kesan,
malaysia negara kartel,
triad chinese, kongsi gelap,
banyak suap/rasuah kaum kerabat tongkat sakti






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2024 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 4-12-2024 07:03 PM
ex-PM kena scam sampai masuk penjara.
padan muka.
percaya la lagi geng kartel jadi broker.

Jika x bersalah, walaupun jasad dipenjara tapi jiwa bebas dan tenang...
Jika bersalah, walaupun jasad bebas, hidup mewah tapi jiwa dipenjara dan x tenang, takut dgn bayang2, menyorok sana-sini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tekejut tiber kuor muka ex bff kak mah jd cover benang nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mamat tu la muka yang bangkem selalu imejin muka bangkem dah tua kelak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061541 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list