CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11297|Reply: 0

[Tempatan] [BREAKING NEWS] Perdana Menteri akhirnya terpaksa meletak jawatan atas undi tidak percaya

[Copy link]
Post time 5-12-2024 11:17 AM | Show all posts |Read mode
PARIS: Perdana Menteri Perancis, Michel Barnier terpaksa meletak jawatan hanya tiga bulan selepas dilantik susulan ditolak oleh Ahli Parlimen yang bersatu menyokong usul tidak percaya terhadap beliau.
Konflik terbaru itu sekali gus mencetuskan ketidakstabilan politik di Perancis.
Sejumlah 331 daripada 577 Ahli Parlimen dari mengundi menentang kerajaan rapuh Barnier, mengambil peluang mereka untuk menjatuhkan ahli politik veteran itu - selepas percubaannya untuk meluluskan bajet tahunan kerajaannya pada Isnin lalu.
Penyingkiran ini menjadikan Barnier Perdana Menteri Perancis pertama yang digulingkan dalam undi tidak percaya sejak 1962. Barnier memberitahu Ahli Parlimen tindakan menyingkirkan beliau tidak akan menyelesaikan masalah kewangan negara.


Dalam perkembangan sama, Ketua Perhimpunan Kebangsaan sayap kanan, Marine Le Pen menolak kenyataan Barnier dan menyifatkan bajet Perdana Menteri itu sebagai "toksik."
Sehubungan itu, Barnier akan mengemukakan peletakan jawatannya pagi esok, namun, beliau dijangka akan berkhidmat sementara sehingga Presiden Emmanuel Macron menemui pengganti.
Macron juga dijangka menyampaikan perutusan khas kepada seluruh rakyat Perancis pada pukul 8 malam Khamis (waktu tempatan), kata Istana Elysee dalam kenyataan yang dikeluarkan. - AFP

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:00 AM GMT+8 , Processed in 2.418056 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list