CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9119|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang antara negeri tertinggi kes kemalangan

[Copy link]
Post time 5-12-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-12-2024 03:57 PM

Pulau Pinang antara negeri tertinggi kes kemalangan

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
05 Disember 2024 03:17pm





Zairil (kiri) bertanya sesuatu kepada salah seorang pesakit ketika menghadiri Program JPJ@komuniti Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya 2024 di HPP.




GEORGE TOWN - Pulau Pinang mencatatkan 23,534 kemalangan dalam tempoh lima bulan pertama iaitu daripada Januari hingga Mei tahun ini.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, jumlah itu menjadikan Pulau Pinang antara negeri tertinggi yang mencatatkan kemalangan tertinggi selepas Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

"Jika kita lihat pada perangkaan yang dikeluarkan oleh polis, daripada Januari hingga Mei tahun ini, Pulau Pinang mencatatkan 23,534 iaitu 167 daripadanya merupakan kemalangan maut yang melibatkan kehilangan 177 nyawa.


"Oleh itu, di sini kita boleh lihat impak daripada kemalangan jalan raya adalah sangat besar yang memberi kesan daripada segi ekonomi, sosial kepada keluarga terlibat," katanya di Pekarangan Blok B Hospital Pulau Pinang di sini pada Khamis.


Sebelum itu, Zairil menghadiri Program JPJ@Komuniti Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya 2024.

Tambah beliau, setiap tahun, berjuta-juta mangsa nahas jalan raya telah menyumbang kepada statistik kematian dan kecederaan di seluruh dunia.


"Kemalangan jalan raya merupakan sebuah pandemik yang memberikan kesan kepada pelbagai peringkat golongan termasuk anak muda dan berupaya untuk memberi kesan ekonomi kepada negara, komuniti dan keluarga.

"Oleh itu, setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan penting dalam membantu mencapai sasaran pengurangan kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus yang dihasratkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.


Zairil menambah, kerajaan negeri juga turut komited dan memastikan infrastruktur jalan raya berada dalam keadaan terbaik bagi mengurangkan risiko kemalangan.

"Sekiranya ada aduan mengenai kerosakan jalan raya, kita akan cuba baikinya dengan kadar segera.

"Selain itu, agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang juga komited untuk terus memantapkan penguatkuasaan undang-undang.

"Pihak JPJ juga turut melaksanakan advokasi keselamatan jalan raya melalui pelbagai medium bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta mengurangkan risiko kecederaan dan kematian," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/700620/edisi/utara/pulau-pinang-antara-negeri-tertinggi-kes-kemalangan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.597970 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list