CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34832|Reply: 0

[Sarawak] Peluang latihan kemahiran industri PETRONAS SSGP-IKM Bintulu ubah masa depan

[Copy link]
Post time 5-12-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Golongan belia pedalaman serta luar bandar amat bersyukur dengan peluang latihan kemahiran industri ditawarkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu yang telah mengubah masa depan ekonomi mereka.

Antaranya adalah pengalaman dilalui pemuda Kelabit berasal dari Long Seridan Miri, Elvis Daring, 21, yang sebelum ini bekerja sebagai penghantar makanan di Miri telah menceburi bidang pekerjaan mahir berkaitan dengan pemasangan perancah.


ELVIS

Elvis berkata, dia tidak terfikir untuk menceburi bidang kemahiran pemasangan perancah ini namun bersyukur kerana mendapat peluang untuk mendalami kemahirannya selama 30 hari dengan berkursus di IKM Bintulu.

"Saya mengetahui kursus ini melalui kenalan dan sepupu tentang bidang kemahiran yang ditawarkan sebelum mula menyertai kursus pada Mei lalu," katanya semasa ditemui hari ini.

Elvis antara 13 peserta terawal yang berjaya menamatkan kursus dalam bidang terbabit dan telah diterima bekerja dengan sebuah syarikat kejuruteraan berkaitan.

"Saya bersyukur kerana berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang ini yang ternyata telah mengubah kehidupan saya dari segi pendapatan, ekonomi keluarga dan sebagainya," katanya.

Justeru dia berharap belia lain di kawasan luar bandar dan pedalaman akan menanam minat sama untuk mengikuti kursus kemahiran dalam bidang industri berkaitan, antaranya dalam sektor minyak dan gas serta lain-lainnya.


MAXMAYER

Sementara itu, pemuda Lun Bawang, Maxmayer Mereten, 27, yang berasal dari Ba'Kelalan, Lawas melihat potensi dan masa depan yang ditawarkan bagi mereka yang mahir dalam bidang pemasangan perancah dan industri berkaitan.

Katanya, belia tidak perlu takut untuk keluar dari kampung bagi mendapatkan ilmu kemahiran dan seterusnya mendapatkan pekerjaan dalam sektor pekerjaan mahir.

"Kita tidak perlu takut serta tidak seharusnya terlalu selesa duduk di kampung sebaliknya perlu keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan dan mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan terutama dalam bidang kemahiran industri," katanya.

Dia yang menamatkan kursus selama dua minggu empat hari berkata, pekerjaan mahir itu menjanjikan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

"Saya sebelum ini bekerja di kampung saja tetapi apabila PETRONAS menawarkan peluang belajar dalam kursus ini saya tidak melepaskan peluang untuk merebutnya terutama pekerjaan dalam sektor industri minyak dan gas," katanya.

Meskipun baru menamatkan kursus katanya, dia yakin selepas lulus dan berjaya menamatkan kursus ini dia dan rakan-rakan akan ditawarkan pekerjaan dalam bidang berkaitan.

"Selepas ini saya dan rakan lain akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan PETRONAS serta IKM Bintulu akan mempromosikan kemahiran yang kami ada untuk memenuhi peluang pekerjaan di Taman Perindustrian Samalaju," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.246027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list