CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40765|Reply: 0

[Sarawak] Hospital Sibu digesa pertimbang langkah inklusif dalam sistem bayaran tanpa tunai

[Copy link]
Post time 5-12-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu Jaya menggesa pihak Hospital Sibu agar mempertimbangkan langkah-langkah inklusif dalam pelaksanaan sistem pembayaran tanpa tunai bagi memastikan golongan warga emas dan komuniti luar bandar tidak terpinggir.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, SUPP Sibu Jaya menyatakan bahawa inisiatif digitalisasi dalam sektor kesihatan adalah langkah positif namun pelaksanaannya perlu dijalankan secara berperingkat agar tidak menimbulkan kesukaran kepada golongan rentan.

Katanya, ramai penduduk di kawasan luar bandar masih bergantung kepada wang tunai disebabkan oleh kekurangan akses kepada kad debit atau kredit, yang berpunca daripada infrastruktur perbankan yang terhad dan masalah sambungan internet.

"Warga emas pula mungkin tidak biasa menggunakan teknologi tanpa tunai.

"Keadaan ini boleh menyukarkan mereka mendapatkan perkhidmatan perubatan penting, terutama dalam situasi kecemasan,” katanya.

Selain itu, peralihan mendadak kepada sistem tanpa tunai dikhuatiri akan menimbulkan tekanan, khususnya kepada pesakit atau keluarga yang bergantung kepada wang tunai sebagai kaedah pembayaran utama.

Justeru, SUPP Sibu Jaya mencadangkan tiga langkah utama untuk memastikan peralihan kepada sistem pembayaran tanpa tunai dilakukan secara inklusif iaitu tempoh kelonggaran kaunter pembayaran tunai harus dikekalkan sekurang-kurangnya enam bulan bagi memberi masa kepada masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu ini.

Selain itu, pertimbangan khas perlu diberikan kepada warga emas dengan memberi kelonggaran untuk terus menggunakan pembayaran tunai sepanjang tempoh peralihan sehingga mereka bersedia sepenuhnya.

Platform pembayaran digital tempatan, S Pay Global yang popular di Sarawak juga harus dijadikan pilihan pembayaran untuk memudahkan penduduk tempatan.
SUPP Sibu Jaya menegaskan bahawa pemodenan teknologi dalam sektor kesihatan perlu dilaksanakan secara adil dan inklusif.

“Kemajuan teknologi harus memperbaiki kehidupan, bukan menimbulkan cabaran baharu,” kata kenyataan itu.

Justeru, pihak hospital digesa mengambil kira cadangan ini untuk memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat sistem pembayaran tanpa tunai tanpa sebarang halangan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.274389 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list