View: 37275|Reply: 28
|
[Tempatan]
PMX marah dan kiciwa kelewatan projek MyDigital ID dan rangkaian kedua 5G.Apa yang berlaku?
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berang dengan kelewatan projek MyDigital ID dan rangkaian kedua 5G menyebabkan beliau terpaksa melepaskan kemarahan yang agak keras dalam satu mesyuarat semalam.
Perdana Menteri berkata, pelaksanaan MyDigital ID terlambat selama setahun manakala rangkaian 5G kedua masih tertangguh kerana rundingan untuk projek itu tidak mendapat respons positif daripada Digital Nasional Bhd (DNB) dan syarikat telekomunikasi.
Tindakan itu kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengundang rasa terkejut kepada kalangan mereka yang hadir termasuk menteri Kabinet.
"Ada hal rumit yang berbangkit yang menyebabkan saya kurang sabar dalam dua tahun ini. Saya melahirkan rasa kemarahan agak keras sedikit (semalam)
Kadang-kadang harapan kita tinggi, maknanya MyDigital ID pelaksanaannya terlambat hampir setahun. Kemudian urusan rundingan DNB (Digital Nasional Berhad) dengan syarikat telco (telekomunikasi) juga tertangguh," katanya berucap pada perhimpunan bersama kakitangan Kementerian Kewangan (MOF), di sini, hari
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kemarahan itu diluahkannya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang berlangsung semalam.
"Ingatan kita satu tahun dulu belum dijawab secara positif oleh kedua-dua pihak (DNB dan Telco), ini menyebabkan saya hilang kesabaran.
"Tapi saya harus ingat juga bahawa (saya) marah terutama yang hadir menunjukkan saya juga ada kekurangan sebagai orang biasa, ada harapan tinggi, yang menggunung. Jadi bila tak kesampaian, saya sampaikan (kemarahan itu).
"Teman-teman yang hadir itu agak terkejut dengan sikap saya. Sebab apa? Kita sudah lakukan sebaiknya," katanya turut memohon maaf kepada pihak yang terkesan atas ketelanjuran sikapnya semalam.
Anwar menegaskan, kelewatan kedua-dua projek itu disifatkan sebagai cuai dan menjejaskan kemajuan negara dalam merealisasikan agenda transformasi digital.
"Kerja itu yang saya anggap cuai, lambat kerana bagi saya bagaimana digital kita nak bawa kepada AI (kecerdasan buatan), padahal perkara asas yang patut kita bina dalam negara belum kita siapkan," katanya.
Perdana Menteri berkata, pelaksanaan kedua-dua projek itu adalah penting dan perlu disegerakan kerana negara akan mempengerusikan ASEAN tahun hadapan, yang antara lain memfokuskan kepada agenda Grid Tenaga ASEAN, rangkaian digital dan teknologi makanan.
"Jadi, kita kena bangkit sebagai negara yang punya keupayaan dan menjadi contoh. Saya fikir masa dua tahun itu masa yang cukup untuk mempersiapkan semua ini," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada tangan2 ghaib yg menekan pmx ke sebab lmbt laksana myid digital dan 5g |
|
|
|
|
|
|
|
Tak abis2 nak salahkan orang..seb baik tak kata salah najib.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
harap² tak jadi la benda ni. biar kne hack ke apa. iols nak remain anonymous dari "the system" |
|
|
|
|
|
|
|
cakap memang senang
nak buat tu yang susah
dia dah jadi PM dah, kawan2 dia dah jadi menteri
tinggal acai2 yang masih berfantasi dan berkhayal
|
|
|
|
|
|
|
|
MyDigitalID tu menyusahkan bethol |
|
|
|
|
|
|
|
Eh..ko skrg dah ada power, execute aje lah..Tunjukkan yg korang are far better dr dulu. Byk bunyik pulak ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la saling marah memarahi. Pmx marah digital nasional. Rakyat plk marah pmx sbb kos Sara hidup x ada apa yg baru |
|
|
|
|
|
|
|
Sandiwara sandiwara SANDIWARA
Tunjuk garang konon
Tapi pi sana sinun Jetsetting
Keje habok pun tak tak buat
PIdaaaaaaaaaaaaaah ![](static/image/smiley/onion/crow.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow. Nuart going to unleash digital ID with cashless society connect with 5G.
Total Beast system!
Anyway i am looking for @pengecatbintang
Where are you? Come back online. |
|
|
|
|
|
|
|
Loserr la bapukk ni jadi piyem |
|
|
|
|
|
|
|
sampai skrg tak faham kenapa kena ada DNB jadi middle party...tak lain tak bukan utk kutip tacang....pigidah....dah la experience center kat rtx tu mcm zaman kuno gadgetnya...ntah pape ntah... |
|
|
|
|
|
|
|
ahahahahhahaha ![](static/image/smiley/default/th_2lol.gif)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
elok2 projek dok jalan..tetiba the project halt kejap,,katanya rombakan org2 DNB,,ni cerita pasal 5G la..ni pun baru jalan balik la projek DNB,, |
|
|
|
|
|
|
|
desperado bang non,
big bos klaus shwab dah datang malaysia tuu.
program over schedule,
bang non kena buat sesuatu ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bawah dia la gagal.. nak marah cam bukan kerajaan dia dok |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke skrg ni klu baru nak start perang or jatuhkan sesuatu negara cara utama yang paling mudah adalah cyber attack. |
|
|
|
|
|
|
|
My digital id ni kalondh start dia akan wajibkan semua rakyat malaysia ke,ntah hari apa aq dengar dia cakap dyorg nk penjawat awam start dulu sebab yg dh register rendah sanggat,1.3 juta je...tahun lepas padu,tahun ni my digital id,tahun depan ntah apa pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|