CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11885|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki rugi RM43,351 diperdaya sindiket tawaran pekerjaan palsu

[Copy link]
Post time 6-12-2024 02:57 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki tempatan kerugian sejumlah RM43,351 selepas diperdaya oleh sindiket yang menawarkan pekerjaan palsu melalui platform dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili (gambar) berkata, mangsa berusia 30-an mula berhubung dengan suspek, seorang wanita dikenali Lau Sze Ya melalui aplikasi Messenger Facebook pada 27 November lalu.

"Pada awalnya, mangsa berminat membeli barangan daripada suspek tetapi kemudian ditawarkan peluang pekerjaan dengan komisen yang menarik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa diminta melaksanakan tugas mudah seperti menekan pautan YouTube, memberi tanda 'like' dan menghantar pautan kepada individu lain.
Pada peringkat awal, mangsa menerima komisen sebanyak RM190.

Namun, tugas seterusnya menjadi perangkap apabila mangsa diminta membuat pembayaran atas alasan kesilapan teknikal.

"Antara 1 dan 2 Disember, mangsa membuat tujuh transaksi wang ke dalam dua akaun bank tempatan dengan berjumlah keseluruhan RM43,351.

"Mangsa hanya menyedari beliau ditipu selepas diminta membuat pembayaran tambahan sejumlah RM20,894 tetapi tidak mampu kerana kekurangan wang," jelasnya.

Beliau menasihatkan orang ramai berwaspada dengan tawaran pekerjaan yang mencurigakan terutamanya melalui media sosial.

"Semak kesahihan tawaran melalui laman Semak Mule PDRM di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika ragu-ragu," katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

"Kerjasama masyarakat amat penting dalam memerangi jenayah penipuan seperti ini," katanya.

Orang ramai juga digalakkan mengikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP dan @JSJKPDRM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai modus operandi sindiket penipuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.074982 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list