CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11871|Reply: 0

[Sabah] Artikel bersifaf niat jahat: SFD

[Copy link]
Post time 6-12-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode


Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) menafikan kenyataan yang disiarkan didalam dalam dua artikel diterbitkan Sarawak Report.

Artikel bertajuk ‘Illegal Logging In Sabah! (By the State Government)’ bertarikh 1 Disember dan ‘Sabah Forestry Admits Log Extraction and Export, Says Timber is Disease Ridden’ bertarikh 3 Disember disifatkan berniat jahat.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sepertimana yang disiarkan di dalam akhbar terbabit.
“Artikel pertama mendakwa kayu di Sabah dibawa keluar tanpa bayaran sepatutnya dan ini adalah kenyataan yang tidak benar.

“Jabatan Perhutanan Sabah mengutip royalti daripada pengekstrakan pokok Acacia mangium mengikut Peraturan Hutan 1969.

“Bagi isu wabak penyakit layu Ceratocystis, Jabatan Perhutanan Sabah dengan kerjasama Yayasan Sabah, sedang mengambil langkah membendung dan menghapuskan ancaman yang ditimbulkan oleh penyakit ini,” katanya.

Tambahnya, isu ini juga sudah dibangkitkan dan dibincangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu.

Katanya, ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan dengan niat jahat oleh Sarawak Report dan Jabatan Perhutanan Sabah akan membuat laporan polis sebagai tindakan lanjut terhadap isu ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.039866 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list