CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15971|Reply: 0

[Sabah] Terbitkan buku berkisahkan budaya Sabah dan Sarawak

[Copy link]
Post time 6-12-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: George ketika melawat aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena dengan program berkenaan.

SANDAKAN: Penerbitan buku yang memaparkan budaya dan tradisi Sabah dan Sarawak wajar dilakukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew mencadangkan perkara itu ketika berucap di program Karnival Baca Perdana 2024, di Perpustakaan Sandakan di sini baru-baru ini.

Katanya, buku itu bertujuan memaparkan kepada komuniti dunia bagaimana masyarakat pelbagai kaum di Borneo hidup bersama dalam perpaduan dan keharmonian.

"Bayangkan sebuah buku yang menyatukan cerita, warisan dan tradisi setiap etnik kita dari pesisir pantai sehingga pedalaman.

"Ia bukan sahaja menjadi sumber pengetahuan tetapi juga inspirasi kepada generasi muda kita," katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para panel dalam program berkenaan iaitu Dr. Arthur Chung dan Muhammad Ruzaini Awang.

Katanya, Arthur dengan kepakaran beliau dalam entomologi dan buku-buku yang telah diterbitkannya, serta Ruzaini, seorang penulis muda dari Sandakan yang membuktikan bahawa cita-cita mampu dicapai dengan disiplin dan usaha keras.

"Saya juga menyeru kepada semua warga Sandakan untuk melawat perpustakaan kita. Membaca bukan sekadar hobi tetapi asas kepada perubahan sikap, budaya dan cara kita berfikir.

"Marilah kita jadikan membaca dan ilmu pengetahuan sebagai sebahagian daripada kehidupan kita," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.197993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list