CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33185|Reply: 0

[Sarawak] Guru aset berharga negara tonggak ilmu generasi muda

[Copy link]
Post time 6-12-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode


Ketibaan Ding pada Majlis Akhir Tahun IPGM Kampus Rajang Bintangor 2024 semalam disambut dengan penuh meriah.

BINTANGOR: Guru adalah aset berharga negara yang menjadi tonggak dalam memastikan generasi muda mendapat ilmu dan bimbingan sewajarnya.

Justeru kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, institut pendidikan guru Malaysia (IPGM) memainkan peranan penting dalam membentuk barisan pendidik berkualiti masa depan.

"Peranan ini bukan sesuatu yang mudah tetapi kita yakin bahawa sesebuah IPGM akan berjaya melahirkan bakal pendidik yang berilmu, berwawasan dan berintegriti.

"Pendidikan ialah tunjang kemajuan dan guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga membentuk sahsiah dan jati diri anak bangsa," kata Ding dalam ucapan perasmiannya pada Majlis Akhir Tahun IPGM Kampus Rajang Bintangor 2024, semalam.


Ding menerima cenderahati daripada Khadri (tengah) sambal disaksikan Dr Cindy.

Menurut Ding, dalam dunia yang semakin berkembang dengan pantas, cabaran dalam bidang pendidikan juga semakin kompleks.

Katanya, negara kini berada dalam era Revolusi Industri 4.0 yang amat menekankan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian.

"Tugas ini menuntut komitmen, kesabaran, dan keikhlasan yang tinggi.

"Oleh itu, sebagai bakal pendidik, anda perlu sentiasa berinovasi dan bersedia untuk menghadapi perubahan ini.

"Pendidikan bukan lagi terbatas kepada bilik darjah semata-mata, tetapi melibatkan pembelajaran sepanjang hayat yang melangkaui sempadan geografi dan budaya," kata Ding.

Pada masa sama, Ding menekankan pentingnya nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan.


Ding merakamkan kenangan bersama sebahagian penuntut IPGM Kampus Rajang semalam.

Tambahnya, kejayaan akademik semata-mata tidak mencukupi jika tidak disertai dengan pembentukan akhlak dan moral yang kukuh.

"Oleh itu, guru bukan sahaja perlu menjadi penyampai ilmu tetapi juga contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

"Ingatlah bahawa anda semua memegang amanah besar dalam membentuk generasi masa depan negara.

"Peranan guru dalam mendidik dan membimbing bakal guru amat penting dalam memastikan kelangsungan pendidikan negara," ujar Ding lagi.

Hadir sama ialah Pengarah IPGM Kampus Rajang Khadri Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang Dr Cindy Wong Chyee Chen, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Inggit Barau dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan Adib Farhan Sapian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052355 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list