CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49396|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Sindiket penipuan dalam talian lumpuh, 48 ditahan

[Copy link]
Post time 11-12-2024 02:20 PM | Show all posts |Read mode

MASLAN (empat, kiri) menunjukkan barangan daripada 194 kertas siasatan yang akan dilupuskan. FOTO Bernama.

Port Dickson: Ops Belatuk dan Ops Nuri yang dijalankan di empat lokasi berasingan di daerah ini berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, operasi itu yang dijalankan pada 14 November hingga 3 Disember lalu membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan dan IPD Port Dickson, turut menahan 48 individu.



"Suspek ditahan 40 lelaki dan lapan wanita merangkumi 35 warga tempatan dan 13 warga asing berusia antara 19 tahun sehingga 40 tahun.

"Polis juga merampas 271 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 44 komputer riba pelbagai jenama, 8 kereta pelbagai jenama serta wang tunai RM10,150 dan jumlah anggaran rampasan sebanyak RM820,150," katanya pada sidang media di Majlis Pelupusan Barang Kes IPD Port Dickson, hari ini.

Beliau berkata semua suspek sudah dituduh di bawah Seksyen 420/120B (2) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pada majlis itu yang turut dihadiri Majistret Daerah Port Dickson Uthman Abd Ghani, Timbalan Pendakwa Raya Port Dickson, Muhammad Azrif Firdaus Mohd Ali dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Hamzah Mohammad, IPD Port Dickson melupuskan sejumlah barangan kes membabitkan 194 kertas siasatan bermula dari 2019 hingga tahun ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.583537 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list