CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46355|Reply: 127

Sophia Albarakbah tak ada masalah kerja dengan Fattah Amin - "Bukan dengan Fattah sahaja, saya rasa status bukanlah isu"

[Copy link]
Post time 12-12-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Pelakon Sophia Albarakbah tidak melihat gandingan bersama duda terhangat, Fattah Amin dalam sebuah projek terbaharu berjudul Aku Cinta Dia bakal mencetuskan kontroversi liar membabitkan mereka.


Sophia berkata, sebagai pelakon dia perlu bersikap profesional dan memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa memikirkan status seseorang pelakon itu.


"Tak kira status apa pun, kalau orang nak mengata, tetap akan mengata. Bagi saya, status seseorang sama ada bujang atau duda tidak memberi kesan kepada kerja atau karier saya.


"Saya tidak risau pun dengan cakap-cakap orang sebab tak kira apa yang saya buat, betul atau salah, pasti ada individu yang memilih untuk mengata.


"Namun apa yang paling penting, tanggungjawab saya sebagai pelakon adalah memastikan setiap karakter dapat dijayakan dengan sebaik mungkin.


"Bukan dengan Fattah sahaja, saya rasa status bukanlah isu. Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan ramai pelakon berbeza status, ia tak menjadi masalah," katanya pada majlis pengumuman pelantikannya sebagai wajah Usanita Entertainment, baru-baru ini.


Menurut Sophia, gandingan menerusi drama berjudul Aku Cinta Dia terbitan Usanita Entertainment bukan Kerjasama pertama sebaliknya mereka pernah bergandingan dalam filem Mimaland sekitar lima tahun lalu.


"Kami pernah disatukan dalam filem Mimaland pada 2019 iaitu ketika awal pembabitan saya di arena seni. Saya juga pernah bekerja di bawah arahan Erma Fatima, jadi sudah memahami cara kerjanya.


"Drama ini juga akan disiarkan menerusi platform TikTok iaitu pendekatan baharu diperkenalkan Usanita Entertainment. Ini sesuatu yang unik," katanya.


Dalam pada itu, Sophia meluahkan rasa teruja apabila bakal bersama mengikuti aktiviti dengan Usanita Sdn Bhd bagi tempoh enam bulan musim 2025.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai. Nak ship depa la
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia.. dah ada benang sophattah pulak.. kaka @BoongaKertas , nanti meols review psl mimaland tu kat sini jelah bila dah jumpa muvi tu ek.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
alang2 release kat TT tu baik tayang sekali kat tv atau jadikan telefilem lagi best..kalau kat TT sekerat2 nak tgu episode
shooting pun kat luar negara kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai, nak siar kat tktk plak.. meols old skool mana tgk platform2 online nie.. melainkan tntn dgn astrgo..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 12-12-2024 03:31 PM
alang2 release kat TT tu baik tayang sekali kat tv atau jadikan telefilem lagi best..kalau kat TT se ...

Kan.. bukan nama tgh hot ke.. awat la online je.. masuk la tv arus perdana pada waktu yg semua acik suka tgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 12-12-2024 03:35 PM
Kan.. bukan nama tgh hot ke.. awat la online je.. masuk la tv arus perdana pada waktu yg semua aci ...

mungkin nak buat mcm drama TT mokcun yg adiputra abil adira berlakon tu kot..

tapi betul tu baik tayang kat tv je senang semua boleh tgk visual meletop
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 03:40 PM | Show all posts
sofia ni lembut je, muka comel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mokcun ada sambungan kat TT? See, org yg takde TT cam iols mmg taktau pun.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
#SoFat #AhSo #FattSo #SoFattah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 03:42 PM | Show all posts
Aku sokong. Sama cantik sama padan. Tak kisah la apa netizen nak kata. Yg sepadan aku ok je haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls harap Butah berjodohan dgn Peah.. sbgmn SHMP  dan HSC...yg mna 2 2 siri tu Butah cair dgn heroin..

Ni Peah ni lagi segar bugar dan menggoda..tntulah Butah x tolak tawaran ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 04:34 PM | Show all posts
Ranumnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Go peah....sesuai dgn abam tah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 12-12-2024 03:47 PM
Iolls harap Butah berjodohan dgn Peah.. sbgmn SHMP  dan HSC...yg mna 2 2 siri tu Butah cair dgn hero ...

Sorry tertekan report. Maklumlah baru join. Peah pun nak aminkan semoga berjodohan. Sama cantik sama padan khennn..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
peahkobakoba replied at 12-12-2024 04:39 PM
Sorry tertekan report. Maklumlah baru join. Peah pun nak aminkan semoga berjodohan. Sama cantik sa ...


Amboi chuols.. nickname sempena peah yer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dok tunggu projek dia dgn jobling..tp peah yg dtg dulu..peah ni apa Projek dia yg boom..filem dia dgn alif sattar tu xtau cmna sambutan..tak tau la kot jd cm hsc hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Virsual hero heroin Meletop sepadan ruginya tak tayang kt tv arus perdana kt Tik tok nie org tak berapa nk layan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by masdiana-ana at 12-12-2024 05:10 PM

Iols baru habis tgk filem Peah dgn bamtah nie tajuk mirmaland tue ok Chemistry dah ada tue tertunggu drama yg gandingkan diorg berdua
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bukan ke dulu kecoh dlm porum ada porumer kata peah ni peenyondol si fatah? Nampak aman² je peah ni berlakon drama dgn kak paz and patah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.079967 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list