View: 55111|Reply: 14
|
[Tempatan]
Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata
[Copy link]
|
|
Sinarharian.com.my
14 Disember 2024
JENGKA - Kenaikan harga buat sawit ketika ini tidak menyebabkan peneroka di Felda Jengka 24 di sini rambang mata sebaliknya memilih untuk melakukan perbelanjaan berhemah dan membuat simpanan sewajarnya.
Difahamkan, harga bagi buah tandan segar (BTS) bermula Januari hingga Oktober tahun ini adalah sekitar RM800 hingga RM900 bagi satu tan metrik dan kini sudah mencecah lebih RM1,000.
Ketua Peneroka, Razak Daud, 64 berkata,
kenaikan ini tentunya memberikan kelegaan buat peneroka dan kita berharap harga ini terus stabil untuk tahun depan.
"Namun saya ingin menasihatkan peneroka supaya tidak boros, melakukan perbelanjaan berhemah dan ada simpanan kerana situasi harga ini tidak menentu, bergantung pada pasaran selain digalakkan untuk bersedekah," katanya.
Bagi Ishak A Ghani, 70, situasi tersebut memberikan kelegaan buat peneroka sepertinya.
Kenaikan harga buah sawit di pasaran melegakan peneroka meraih kira-kira RM6,500 sebulan, kenaikan pendapatan yang diperoleh dianggarkan kira-kira 50 peratus berbanding sebelum ini.
"Memang kita bersyukur dan saya tetap memilih untuk berjimat cermat, tidak boros dan membuat simpanan sebagai persediaan khususnya ketika waktu kecemasan dan musim perayaan nanti.
"Selain itu, kita boleh bersedekah dan sebagai iman masjid di sini nampak peningkatan sumbangan menerusi jumlah yang diperolehi pada tabung yang ada," katanya mula memasuki rancangan itu pada 1984.
Penerokawati, Rugayah Said, 58, yang juga Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jengka 24, berkata, ia terpulang kepada masing-masing untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaan setiap keluarganya.
"Alhamdullillah...walaupun sudah ada lebihan pendapatan, kena berjimat cermat kerana ada masa turun naik.
"Bukan masanya untuk boros dengan keadaan zaman sekarang, kena buat perbelanjaan berhemah," ujarnya.
Seorang lagi penerokawati, Mariah Mohamad, 60, turut memilih membuat lebih banyak simpanan untuk berdepan sebarang situasi memerlukan pada masa akan datang.
"Harga naik bukan akan terus kekal jadi kena bersiap-sedia juga selain boleh gunakan untuk menghadapi raya nanti," ujar ibu kepada enam anak dan memiliki lima cucu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fuyoo penerokawati nama diberi |
|
|
|
|
|
|
|
Oh patutlah tengok Indonesian berita peladang sawit mereka menjual hasil sawit Di Malaysia. Di Indonesia harga sawit terlalu murah seperti tiada harga. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana sepadan ni?????? Tak cukup dengan pati dia merata, jual sawit di malezia pulak. Kilang yang beli patut disita.
|
|
|
|
|
|
|
|
tp pencuri sawit pun merata².. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan gaji felda lambat lagi mcm bulan lepas dah lerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 14-12-2024 01:17 PM
Oh patutlah tengok Indonesian berita peladang sawit mereka menjual hasil sawit Di Malaysia. Di Indon ...
Amboi2 lps tu habis harga sawit kita jatuh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 14-12-2024 09:00 PM
Memang harga naik….kemarau hari tu berapa lama?
Kiraan buah keluar dari pucuk sehingga di tuai 6bulan ke 8 bulan.
6-8 bulan sebelum ni adalah musim El Nino iaitu kemarau panas melampau….so kesannya sekarang la kurang production…..pokok melawas.
Bila buah kurang suppply, demand tinggi , harga naik la…..sekarang hemisfera utara dah harvest semua jenis vegetable oils….so demand masih tak dapat dipenuhi, so ambil stock dari oil Palm…oil Palm pula tengah melawas kesan el nino 6-8 bulan lepas...SBB tu harga naik. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku jangka bulan 3-4 tahun 2025 buah akan banyak dan surplus sebab tahun ni musim hujan masuk awal iaitu bulan 8 2024. Harga akan below RM600 dan RM500 |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kumpol 1 tan ingat senang? |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah
kt kg iol kebun2 sawit ni bnyk kena curi
biasa blh dpt setan, skrg mmg pyh nk capai bnyk tu
pasang pagar elok2 dah pun ada je trick die nk songlap buah sawit tu
elom sgt la tu mkn duit tak halal
|
|
|
|
|
|
|
|
rambang mata
Maksud: Tidak tahu mana yang hendak dipilih.
Contoh ayat: Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.
So, apa yang rambang mata nya?
|
|
|
|
|
|
|
|
harga naik buah kurang..buah banyak harga murah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|